Beechtone Classics

9 STEP BAGAIMANA NEWBIE BOLEH MULAKAN BISNES ONLINE SEMUDAH ABC

Anda newbie? Taktau nak start dari mana?

Jom follow step ringkas nie.

1. Gunakan nama syarikat / kedai / brand atau gunakan nama yang umum

2. Kalau serius nak ade business, wajib ade logo bisnes sendiri

3. Apa uniknya produk anda dengan produk lain yang dh ade dipasaran?

4. Pastikan nama, gambar, posting, positioning, semuanya seiring dan sejalan

5. Wajib kena ada:

*About us

*Produk

*Testimoni

*LIVE, buat poll, tips/petua, Q & A

6. Wujudkan hashtag (#) yg relevan dengan produk atau brand anda. Hashtag ni juga boleh mewujudkan zero cost marketing tau.

7. Macam mana anda nak naikkan followers anda dengan cepat?

Salah satunya, anda boleh buat contest. Bagi produk / servis anda atau mungkin juga bagi hadiah2 lain seperti wang tunai ke, pakej percutian ke. Letakkan syarat / CTA seperti like page/account, like post, komen dan share untuk join. Nak lagi laju? Minta peserta tag rakan2 diorang kat ruangan komen

8. Jangan lupa follow up database tersebut. Mungkin by call, whatsapp, emel


9. Akhir sekali boleh la start run advertising, tak kisah la fb ads ke, ig ads ke. Kalau page kosong.. tetiba run ads, orang nak membeli pun takut, ingat scammer.

 

SUMBER CREDIT: SIFUFBADS

manfaat-mujarab-arang-aktif-untuk-kesehatan

MANFAAT SERBUK ARANG

 

 

  1. Memudarkan bekas jerawat

Serbuk arang adalah baik untuk memudarkan bekas jerawat serta jerawat yang tumbuh pada wajah anda. Untuk anda yang inginkan cara yang mudah dan tidak menggunakan kos yang tinggi, anda boleh cuba membuat masker arang sediri seperti membuat campuran arang dan air mawar ataupun air biasa dan seterusnya oleskan pada wajah anda. Setelah itu, bilas dengan air suam.

 

 

 

  1. Menutup pori-pori yang terbuka

Setiap orang tidak inginkan pori-pori besar terbuka pada wajah mereka. Ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria dari kosmetik menumpuk di kulit yang akan menyebabkan iritasi atau jerawat tumbuh. Jadi, gunakan serbuk arang sebagai masker kerana ia dapat mengecilkan pori-pori serta membersikan kotoran yang menumpuk di pori-pori yang terbuka.

 

 

 

  1. Menyeimbangkan minyak di wajah

Untuk anda yang mempunyai jenis kulit berminyak sesuai menggunakan skincare daripada bahan serbuk arang, ini kerana serbuk arang dapat mengurangkan minyak pada wajah anda dan dapat melembapkan wajah anda seperti kulit normal.

 

 

 

  1. Mengatasi kulit kusam

Polusi udara sepert asap kendaraan bermotor, debu jalanan, radiasi sinar ultraviolet dan asap rokok membuat kulit wajah terlihat kusam. Tetapi, dengan serbuk arang, kotoran tersebut boleh dibuang dengan sempurna. Anda boleh membuat masker sendiri di rumah dengan hanya menggunakan serbuk arang sahaja tau.

 

 

  1. Memutihkan gigi

Gigi Anda akan menguning jika Anda merokok dan sering mengamalkan kopi, teh, atau minuman beralkohol. Arang aktif mampu mengembalikan warna gigi yang cerah sekaligus menjaga kesihatan mulut. Zat ini berfungsi untuk menyeimbangkan kadar keasaman dalam mulut, mencegah gigi berlubang,  bau mulut, dan meredakan penyakit gusi. Basahkan berus gigi anda dan oleskan pada bubuk arang aktif. Gosok gigi anda seperti biasa, terutama pada bahagian yang menguning . Kumur sampai bersih dan pastikan anda minum air secukupnya.

fieldimagediy-sugar-body-scrubs-1

SKRUB YANG BERKESAN TANPA KELUARKAN KOS

SKRUB KOPI

Antaran kelebihan kopi ialah

  • mampu melembutkan kulit yang dengan menggantikan sel- sel kulit mati apabila di skrub selalu.
  • kopi juga boleh menghilangkan kesan gelap bawah mata bagi yang memiliki mata panda
  • kopi boleh mencerahkan dan menegangkan kulit kita secara semulajadi.
  • selain itu apabila di lumur di rambut akan membuatkan rambut lebih kuat dan bersinar

Cara cara membuat skrub kopi

  1. Ambil 5 sudu kopi( anda boleh menggunakan biji kopi dan tumbuk sendiri juga)
  2. Tambahkan 3 sudu minyak zaitun
  3. Gaul dengan sebati. Dan sedia untuk di gunakan
  4. Anda boleh skrub pada badan dan muka sekali..Bersihkan badan dan sapu secara rata pada badan selama 15 minit.
  5. Biarkan sebentar dan boleh di bilas seperti biasa

SKRUB BERAS

Kelebihan skrub beras

  • mampu mencerahkan kulit seluruh badan
  • menanggalkan kulit kusam dan lebih glowing
  • kulit selembut bayi selepas di scrub

Cara penyediaan dan penggunaan skrub beras

skrub beras dan madu

  1. Ambil segenggam beras dan kisar sehingga mendapat tekstur yang sangat halus (boleh pakai apa- apa beras).Kalau nak kisar banyak terus pon boleh lepas tu simpan.Bila nak guna boleh ambil sesudu ke.
  2. Tambah kan dengan sesudu madu.
  3. Bersihkan diri sebelum berskrub.Daki lebih mudah tanggal dalam keadaan badan lembab sedikit.
  4. Boleh terus skrub badan sental bahagian yang gelap contohnya belakang leher, kepala lutut,celah peha atau ketiak.

scrub beras dan lemon

  1. Ambil 3 sudu beras yang telah di kisar.
  2. Hiris lemon 2 atau 3 hirisan.
  3. Skrub di bahagian yang gelap contohnya belakang leher, kepala lutut,celah peha atau ketiak.

SKRUB BIBIR

Kelebihan skrub bibir

  • Mencerahkan bibir yang gelap
  • Membuang sel- sel kulit mati
  • Membuatkan bibir lebih lembut dan tak merekah

Cara penyediaan dan penggunaan skrub bibir

  1. Ambil 5 sudu gula( boleh guna gula kasar atau gula perang).
  2. 2 sudu minyak zaitun di campur dengan 2 sudu madu.
  3. Gaul sebati.Boleh tambah bahan pewarna merah untuk nampak kesan pink.
  4. Bersihkan bibir dengan air biasa. Skrub dengan lembut pada bibir.
  5. Biarkan dalam masa 15 minit. Boleh bersihkan bibir dengan wipe tissue dan lihat kesannya.

 

PERLU_KE_LAUNCHING_PRODUK_-02

PERLU KE LAUNCHING PRODUK NI?

Proton X70 baru sahaja di lancarkan pada bulan december,2018 ni.Iphone X dilancarkan di Malaysia bermula sept 2018.Jika anda perasan setiap jenama ternama pasti akan melancarkan “LAUNCING” jika ada produk baru yang akan di keluarkan.Dan setiap BRAND baru yang keluar pasti akan  ada Launching yang di jalankan.

Tak semestinya anda perlu melakukan secara besar besaran, bergantung pada keluaran modal marketing anda berapa.Untuk memastikan anda tidak melakukan kesilapan ada beberapa tips yang anda boleh lakukan.

3 Tips sebelum Launching produk

 

1.STRATEGIK– Plan lebih awal strategik yang akan digunakan untuk mepromosikan produk anda.Anda perlu ada beberapa orang team yang membantu anda untuk menjayakan launching anda.Pastikan anda membuat PLAN A dan B untuk membantu pelancaran berjalan lebih lancar.

Anda boleh belajar pelancaran yang pernah dilakukan sebelum ni.Join mana mana pelancaran produk yang memboleh kan anda belajar dari mereka.Gunakan 4 W untuk membuat strategi yang baik dan berkesan. Apa itu 4 W ialah WHAT, WHEN,WHERE,WHO.

Dengar pendapat dari  rakan -rakan bisnes atau pelanggan anda yang lain.Dapatkan idea dan share idea anda yang sesuai dengan brand anda.

 

2.Prospek – Ketahui siapa prospek anda? Pastikan anda target pada prospek yang betul.Umpan prospek dengan barang “FREE” atau “DISKAUN” untuk membawa mereka datang ke pelancaran produk anda.Setiasa update di media sosial sehingga ke tarikh terakhir.

Kenali CUSTOMER AVATAR anda .Siapa yang  pernah ke kelas sifubads pasti tahu pasal ni.

 

3.INVITE MEDIA

2019 ialah platfform digital marketing.Jadi anda boleh menjemput Insta famous, blogger atau artis untuk membantu marketing brand anda.Produk yang baru perlukan Trust pelanggan yang sangat tinggi.Dapatkan seberapa banyak video gambar yang boleh untuk penggunaan anda seterusnya.

Dengan strategi planning yang baik pelancaran anda pasti akan berjalan dengan lancar dan berjaya.Pastikan anda belajar dari yang berpengalaman.

Semoga ia boleh digunakan memberi manfaat untuk digunakan ya!
Saya akan berkongsi dengan lebih detail semasa The Next Founder Finale nanti.

 

 

 

primer

PEMILIHAN PRIMER MENGIKUT JENIS KULIT

Jika disamakan, primer adalah seperti kanvas bersih (kosong) yang membentuk asas kerja lukisan. Sebelum bersolek, asa utama yang betul akan menentukan hasil akhir solekn yang sempurna. Pemilihan warna primer yang kemudiannya diterapkan pada wajah akan berpigmen dan dapat menyamarkan tekstur kulit yang kurang lancar.

Di samping itu, primer juga melindungi kulit, mengekalkan kandungan kosmetik daripada diserap ke dalam liang kulit. Kerana ia adalah salutan utama yang datang dengan sentuhan langsung dengan kulit. Pastikan kandungannya sesuai dengan jenis dan keperluan kulit untuk mendapatkan solek muka maksimum.

Primer Untuk Kulit Normal

Anda yang mempunyai jenis kulit normal boleh mencuba pelbagai pilihan utama. Sekiranya anda mahukan solekan muka tanpa cela, anda boleh menggunakan produk primer yang lembut untuk wajah bebas berkilat. Pencahayaan utama juga boleh digunakan jika anda mahukan kesan mendalam pada kulit. Pemilik jenis kulit normal cenderung tidak mempunyai liang besar, jadi anda tidak memerlukan primer yang meminimumkan pori. Walau demikian, jangan lupa untuk melindungi kulit daripada pendedahan UV semasa masih memilih primer yang mengandungi SPF.

Primer Untuk Kulit Berminyak

Sekiranya anda mempunyai jenis kulit berminyak, ‘Mattifying Primer’ adalah jenis primer yang sesuai untuk anda. Kandungan di dalamnya dapat meminimumkan minyak di permukaan kulit wajah, sehingga penampilan kilau yang dapat memberikan kesan buruk dapat dicegah. Di samping itu, pemilik jenis kulit berminyak umumnya mempunyai liang pori yang lebih besar.

Anda dapat mengatasi masalah ini dengan menggunakan primer yang meminimumkan pori yang dapat mengecilkan liang dengan serta-merta. Juga pastikan anda memilih produk utama yang mengandungi formula anti-jerawat untuk mengelakkan bertambahny jerawat yang selalunya dialami oleh pemilik kulit berminyak.

Primer Untuk Kulit Kering

Memilih produk primer untuk kulit kering memang agak rumit. Sudah tentu, formula yang tidak elok tidak disyorkan kerana ia hanya akan memburukkan lagi tekstur kulit anda. Sebaliknya, kandungan berkilau yang terkandung dalam pencahayaan utama juga akan menguatkan kulit mengelupas. Oleh itu, apa jenis primer yang anda pilih, pastikan ia mempunyai pelembap yang tinggi supaya ia dapat melembapkan kulit selama sehari penuh.

Primer Untuk Kulit Kombinasi

Rasa jenis kulit biasa, tetapi cenderung menjadi berminyak di kawasan dahi dan hidung ? Bermakna anda mempunyai kulit kombinasi. Anda boleh menggunakan formula ‘Mattifying Primer’ mahupun ‘Iluminating Primer’, tetapi aplikasikan keduanya hanya pada kawasan yang diperlukan. Sekiranya ia terasa menyusahkan, cuba gunakan ‘Mattifying Primer’ dan kemudian terus menggunakan asas krim BB/CC untuk mengelakkan solekan yang terlalu tebal dan kaku.

Primer Untuk Kulit Yang Telah Mengalami Penuaan

Jangan bimbang tentang tanda-tanda penuaan pramatang. Anda boleh ‘menyamar’ dengan menggunakan primer. Satu produk ini boleh mempunyai kesan ‘kabur’ pada kedut dan juga memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata. Pilih formula utama yang mengandungi suncreen dan antioksidan yang memberikan manfaat yang baik untuk kulit. Dengan aplikasi yang betul, primer boleh memberi gambaran wajah yang lebih tegar dan penampilan muda.

Primer Untuk Kulit Sensitif

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, fungsi primer untuk melapisi kulit dari kosmetik dan sisa asing lain. Walaupun ia baik untuk digunakan, pastikan jika primer yang anda gunakan mempunyai formula bebas wangian yang tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit yang kemerahan dan mudah iritasi harus menggunakan primer berwarna hijau yang dapat meneutralkan kemerahan pada wajah tanpa perlu menggunakan bedak yang terlalu tebal.

PRODUK_DAH_SETAHUN_TAPI_MASIH_BELUM_DIKENALI_-01

PRODUK DAH SETAHUN TAPI MASIH BELUM DIKENALI?

Bila nak mulakan bisnes 80% akan keluarkan soalan produk apa yang HOT sekarang ya nak jual…?Produk apa yang mudah nak jual ?Produk apa yang boleh saya buat supaya bertahan lama dalam bisnes?Bukan mudah untuk mulakan sesuatu perniagaan…70% yang meniru produk orang tak berjaya..mungkin produk anda sama tapi kesan dan cara marketing pasti akan ada pernbezaan..

Sesuatu produk boleh bertahan lama adalah disebabkan oleh marketing yang berterusan atau berpanjangan.Maketing tak boleh behenti begitu sahaja jika anda nak produk anda bertahan lama.Marketing juga perlu la mengikut peredaran masa kini..

Macam mana nak pastikan produk kita di kenali dan bertahan lama dalam industri perniagaan ini dalam masa setahun sahaja?

Tips untuk brand mudah di kenali dan diingati.

1.Nama produk unik

Fikirkan satu nama yang memang awesome untuk produk atau brand anda.Nama yang pelik lagi senang di ingati orang sebenarnya.Biar ringkas tapi mudah di sebut dan di ingati.Anda juga boleh membuat tagline.Mungkin anda boleh buat 1 video yang unik berkenaan produk anda.Atau lagu bagi tagline produk anda.Tak semestinya nama sahaja unik selain dari itu pon yang unik kita boleh highlight pada produk anda.

2.Jaga pelanggan sedia ada

Jangan terlalu sibuk mencari databased baru.Berikan sesuatu yang menarik untuk pelanggan yang dah membeli dengan kita contohnya member kad, berikan diskaun berbeza dari pelanggan yang baru.Inform pada database mengenai promo yang bakal dilancarkan dahulu.Perlu di ingat,pelanggan yang dah membeli dengan anda berpotensi tinggi untuk membeli semula jika ditawarkan sesuatu yang menarik hati mereka.

Semoga ia boleh digunakan memberi manfaat untuk digunakan ya!
Saya akan berkongsi dengan lebih detail semasa The Next Founder Finale nanti.

 

Focus_on_AHA_BHA_PHA_ingredient_focus_products_big_size_title-4096x2732

Ketahui Kandungan AHA dan BHA dalam produk penjagaan kulit

Kebanyakan wanita mahupun lelaki pasti memilih menjaga kesihatan kulit muka dengan menggunakan pelbagai jenis produk kosmetik.

Produk kosmetik penjagaan kulit pula didatangkan dalam pelbagai ciri dan kandungan, yang memberi pilihan kepada pengguna memilih produk yang sesuai dengan kulit.

Selain maklumat umum mengenai jenis kulit dan keperluan kulit, ada bahan kandungan yang sering dilihat pada label produk penjagaan tersebut.

Ia adalah kandungan Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA).

Jadi apakah 2 ramuan ini dan faedahnya kepada kulit kita?

Pakar dermatologi dan kesihatan Dr. Margono Soekarjo, Purwokerto, Jawa Tengah, Dr. Ismiralda Oke Putranti dalam satu temubual dengan portal Kompas menyatakan, AHA, BHA, dan PHA merupakan kumpulan asid yang mempunyai kesan pengelupasan kulit lapisan epidermis atau keratolitik.

Mari kita kenali secara lebih dekat mengenai kandungan ini.

AHA

AHA adalah asid glikolik dan asid laktik.

Menurut Oke, AHA mempunyai stuktur kimia yang bersifat hidrofilik, iaitu mudah menembusi lapisan kulit, merosakkan ikatan antara sel-sel keratin dan lebih mudah tereksfoliasi atau mengelupas.

Penggunaan AHA baik untuk semua jenis kulit.

BHA

Sementara itu, BHA lebih dikenali sebagai asid salisilat.

Kandungan BHA bersifat lipofilik (mengikat lemak), mempunyai 2 sifat secara umum iaitu keratoplasty (membantu proses penyembuhan luka dan pembetukan lapisan kulit) pada kepekatan 1-2%, dan keratolitik pada kepekatan lebih besar (umumnya pada produk kosmetik menggunakan kepekatan 3-5%).

“Kandungan BHA biasanya lebih sesuai untuk digunakan dalam keadaan kulit berminyak dan jerawat,” kata Oke kepada Kompas.

MARKETING PLAN

NAK TAHU RAHSIA BISNES PLAN YANG BERKESAN DAN MUJARAB ?

Sudah bersedia untuk menimba ilmu dari founder founder yang berjaya dari pelbagai jenis perniagaan? Bukan sekar berkongsi cerita kosong tetapi memang terbukti berkesan dan dah di lakukan oleh founder.

Nak tahu rahsia bagaimana bisnes plan yang dirancang boleh berkesan dan mujarab?Dah sampai masanya anda mengisi 1 hari anda dengan sesuatu yang bakal mengubah selok belok perniagaan anda.Nak juga tahu bagaimana founder lain dengan hanya 1 produk sahaja brand anda sudah dikenali?

Inilah masanya untuk “BONGKAR SELOK-BELOK FOUNDER BERJAYA” selama ini.

  1. BINA TRUST DI PLATFORM MARKETING ANDA

Bagaiman pelanggan nak membeli produk kita jika mereka jarang dengar nama produk anda? Kita perlu ada hubungan dengan pelanggan untuk menarik minat mereka pada produk kita.

Apa yang perlu dilakukan ialah :

  • Pages mesti aktif (min 4 kali update sehari)
  • Bezakan setiap hari tu perkongsian yang berbeza untuk buatkan pelanggan tertunggu-tunggu post kita seterusnya
  • Gambar dan video yang menarik untuk tarik perhatian pelanggan
  • Kongsi testimoni yang buat pelanggan teruja dan percaya
  • Buat aktiviti cth pertanyaan,contest dan banyak lagi.

Semoga ia boleh digunakan memberi manfaat untuk digunakan ya!
Saya akan berkongsi dengan lebih detail semasa The Next Founder Finale nanti.

 

 

 

 

7_MARKETING_PLATFORM-01

7 PLATFORM FREE MARKETING PERLU ANDA GUNA

Anda seorang usahawan?Adakah anda rasakan susah untuk menjual?platform apa yang anda guna untuk penjualan produk anda?Anda rasakan tak cukup modal untuk membuat pemasaran produk anda?Terdapat lebih dari 10 platform percuma  yang anda boleh gunakan untuk mencapai matlamat pemasaran anda sebenarnya.

1.Sosial media

Sosial media bermaksud applikasi atau laman web yang membolehkan pengguna membuat dan berkongsi kandungan atau menyertai rangkaian sosial.Mengikut keterangan sebuah artikel penggunaan media sosial telah meningkat berikutan kenaikan kadar pengguna sosial media.Contohnya Facebook kini mempunyai 2.2 bilion pengguna,Twitter mempunyai 330 juta pengguna aktif dan Instagram mempunyai 800 juta pengguna.

Antara sosial media yang boleh digunakan ialah:

  • Facebook
  • Facebook pages
  • Twitter
  • Instagram
  • IGTV
  • Youtube
  • Linked

2.Website

Ramai tak tahu sebenarnya website merupakan perkara penting yang perlu ada dalam sebuah syarikat. Website boleh memberi impak kepercayaan yang besar pelanggan pada sesuatu brand atau produk itu. Sekiranya anda dah tak berdaya untuk melayan nombor pelanggan yang bertanya dan oder anda dah perlu ada medium website ni.

Dengan laman website pelanggan boleh terus lihat katalog produk ,detail produk, oder secara terus produk.Ia lebih menjimatkan masa anda yang menjual online dari perlu membalas setiap satu oder pelanggan.Mudah kan,jadi bila masa anda buat jualan hujung tahun ke,awal tahun atau pon jualan raya memamng perlu kan masa yang banyak untuk membalas dan membungkus barang pelanggan.

3.Blog

Blog mula famous masa tahun 2004- 2005..Ada beberapa orang artis yang famous adalah dari kelahiran blog sendiri.Blog ialah kaedah pemasaran menggunakan medium Digital Marketing.Yang ni sesuai untuk yang berkongsi tips dan sebagai nya.Ringan-ringan kan tangan untuk menaip di blog anda.Share link pada pages atau facebook anda.Jika anda dah ada website boleh la buatt satu kategori tips & blog untuk anda berkongsi info disitu.

 

Blog terdiri daripada video yang disebut vlog, yang terdiri daripada pautan dipanggil linklog, sebuah laman web yang mengandungi portfolio sketsa dipanggil sketchblog atau satu yang terdiri daripada foto dipanggil photoblog. Blog dengan jawatan yang lebih pendek dan jenis media bercampur dipanggil tumble logs. Blog yang ditulis pada mesin taip dan kemudian diimbas dipanggil typecast atau blog typecast.

 

Semoga ia boleh digunakan memberi manfaat untuk digunakan ya!

Saya akan berkongsi dengan lebih detail semasa The Next Founder Finale nanti.

Save the Date (1)

SLEEPING MASK VS SHEET MASK

 

Function sleeping mask or night cream ni lebih kurang sama je. Extra moisturizing waktu tidur. Bila bangun, terus kulit yang lembut and lembap.

Cara nak pakai sleeping mask?
Apply thin layer dekat muka, then tidur! Haha tu je. Tak perlu bilas lepas pakai.

Siapa sesuai pakai sleeping mask? 
All skin types.

Bila nak pakai sleeping mask?
The final step selepas moisturizer. Pakai je, and terus tidur. Tak perlu bilas ye. Boleh pakai setiap hari kalau nak.

==========================


Cara nak pakai sheet mask?
Just keluarkan sheet mask daripada pakaging dia, and apply dekat muka. Ada certain sheet mask ni dia letak plastik, so remove plastik tu dulu, baru letak dekat muka. Pakai 10-15 minutes je atau berdasarkan arahan dia. Jangan pakai sampai dia kering. Tak elok.
Siapa sesuai pakai sheet mask? 
All skin types. Pilih je nak yang mana, ada for soothing, moisturizing, nourishing, anti-aging. Semua ada.
Bila nak pakai sheet mask?
Lepas cuci muka, pakai toner, boleh apply sheet mask ni. Kalau ada essence dia yang lebih lebih tu, boleh sapu dekat leher, siku, tumit. Boleh pakai setiap hari.
Kena bilas ke sheet mask lepas pakai?
NO. Lepas dah 10-15 minutes pakai, just lap lap essence lebih lebih tu, make sure semua dah absorb. Bila agak agak muka dah nak kering (lembap gitu), terus apply moisturizer. Done. Kalau on budget, pakai sheet mask je, tak payah beli essence la serum la semua tu 🙂
Credit: https://www.imanabdulrahim.com