3 CARA UNTUK MENDAPATKAN MODAL PERNIAGAAN
Sebelum memulakan perniagaan, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah modal. Tak ada modal macam mana nak mulakan perniagaan. Sebahagian pemilik bermula dengan ‘zero’ modal, manakala sebahagian lagi ada simpanan separuh. Tapi, bagaimana cara nak cukupkan modal sehingga mencapai amaun yang kita perlukan ? Ada 3 cara untuk mendapatkan modal sebelum memulakan perniagaan.
Pertama sekali, menggunakan wang sendiri. Anda boleh menggunakan wang sendiri sama ada simpanan dalam bank, atau menjual barangan peribadi untuk tambahan modal. Sebagai contoh, ramai yang menjual baju atau barang-barang peribadi sebagai ‘preloved’ untuk mendapatkan wang tambahan.
Menjual barangan peribadi untuk menambahkan modal adalah perkara biasa. Setelah bisnes berjalan, anda boleh membeli semula barang peribadi yang baru untuk kepuasan diri. Tapi, perlu ingat, asingkan untung syarikat dengan modal pulangan untuk pastikan bisnes berjalan dengan lancar tanpa ada masalah kewangan.
Membuat pinjaman sebagai modal perniagaan juga antara cara yang sering diambil. Melalui pinjaman, perniagaan dapat ditubuhkan lebih cepat tanpa perlu menunggu simpanan sendiri mencukupi. Walau bagaimanapun, oleh kerana modal anda berpunca dari pinjaman, anda perlu berhati-hati dengan cashflow. Ini kerana anda perlu membayar semula pinjaman tersebut.
Kebanyakan peniaga hanya memikirkan bagaimana mereka ingin mendapatkan pinjaman tanpa memikirkan apa yang mereka perlu lakukan untuk membayar semula pinjaman tersebut. Apabila anda telah membuat pinjaman, cuba fikirkan cara untuk membayar semula.
Anda seharusnya tidak terlalu optimis untuk mendapatkan pulangan besar dalam perniagaan pada bulan-bulan pertama. Jika perlu, buatlah anggaran yang lebih spesifiik. Daripada itu, anda dapat menilai sama ada anda mampu membayar semula pinjaman tersebut atau tidak.
Daripada menjalankan perniagaan dengan modal anda seorang sahaja, atau daripada pinjaman yang ditanggung sendiri, anda juga boleh melakukan perkongsian perniagaan dengan orang lain. Melalui perkongsian, risiko perniagaan yang anda tanggung berkurangan kerana anda mengongsikannya dengan rakan-rakan perniagaan yang lain. Tetapi keuntungan perniagaan juga harus dikongsi.
Namun, siapa yang mahu menjadi rakan niaga anda ? Ini bergantung pada kebolehan anda untuk menetapkan strategi yang baik untuk menjana keuntungan dalam perniagaan. Pastikan anda memberikan penerangan yang realistik, sederhana, dan tidak keterlaluan memberi gambaran keuntungan kepada calon rakan niaga anda.
Jadi sekarang anda telah mengetahui cara-cara mendapatkan modal perniagaan. Semoga anda membuat pilihan yang terbaik daripada tiga pilihan yang telah dibincangkan.
5 SEBAB KENAPA KENA BUAT DIGITAL MARKETING
Zaman digital 4.0 ni umpama sebuah transisi terutamanya kepada founder-founder yg selama ini berniaga secara offline… majoritinya mula ‘berpindah’ dan mula ‘menapak’ di platform online.
Zaman sekarang ni kan kalau tak buat online marketing umpama ketinggalan 10 tapak ke belakang kan?
Haaa betul tu! Tapi bukan 10 tapak, sebaliknya beratus2 tapak ketinggalan ke belakang! Ditambah pulak kat Malaysia ni majoritinya hampir semua founder berniaga menggunakan platform online.
Banyak kelebihan menggunakan platform digital ni sebabnya, anda cuma ‘duduk’ setempat je tapi brand anda boleh ‘terbang’ jauh! So, harini nak share 5 Sebab Kenapa Kena Buat Digital Marketing. So, hadam sampai ‘lebam’ okay!
#1. CUT COST MARKETING
Tahukah anda melabur untuk marketing di platform digital marketing adalah lebih efektif?
Katakanlah anda merupakan seorang usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kawasan pedalaman dan anda nak pasarkan produk anda ke seluruh Malaysia tapi anda tidak berkemampuan untuk mengeluarkan modal pengiklanan di akhbar, TV, mahu pun radio. Mesti susah kan?
Oleh sebab itu, dengan adanya platform digital marketing, produk anda mampu ‘pergi’ lebih jauh dengan kos yg lebih rendah dan efektif berdasarkan laporan HubSpot, Cost-Per-Lead (CPL) di platform digital marketing jauh lebih baik berbanding platform marketing yg lain.
#2. TARGETED AUDIENCE
Ada yang sampai pokai keluar duit buat flyers, banner, keluar iklan kat TV sana sini! Tapi takde lead masuk pun? Haaa sebab apa jadi macam ni?
Tak lain tak bukan sebab tak target audiens lah tu! Buat iklan sana sini tapi prospek tak perasan pun! Sedih ke sedih sangat?
Kelebihan bila menggunakan platform digital marketing ni tak kesahlah anda berbisnes guna FB ke IG ke, anda akan dapat ‘perangkap’ prospek anda tu melalui ruangan Interest. Dari situ, hanya prospek sahaja yg boleh nampak iklan anda dan potensi untuk closing jauh lebih tinggi.
#3. ENGAGEMENT LEBIH ‘UMPHHH!’
Nak lebih rapat dengan audiens? Maka, digital marketing lah jawapannya! Ini kerana prospek mahu pun customer ada akses untuk terus berhubung dengan anda seperti melalui ruangan komen, DM, PM mahupun WhatsApp.
Kalau dulu, nak tahu feedback cutomer terhadap produk memang susah! Sebab diorang takde medium yg sesuai untuk memberikan maklum balas. Tapi, sekarang semuanya dihujung jari. Dari situ, Founder juga boleh menambah baik kualiti produk mereka.
#4. REVENUE YANG LEBIH TINGGI
Strategi digital marketing yg berkesan akan meningkatkan conversion rates dan seterusnya mampu mendatangkan lebih banyak faedah kepada bisnes.
Lebih banyak faedah yg masuk, maka lebih tinggilah revenue… industri kecil dan sederhana (IKS) yg menggunakan digital marketing juga akan memperolehi 3.3 kali ganda peluang untuk mengembangkan lagi bisnes mereka. Bak kata omputeh… Internet adalah ‘rocket fuel’ untuk perkembangan usahawan IKS.
#5. KUASA ‘CTA’
Selalu tengok kan button ‘BUY NOW’, ‘CLICK HERE’ dan ‘ SIGN UP’ kan? Haaa itu semua CTA lah tu. Melalui CTA ni secara psikologinya, mampu mendorong prospek untuk bertindak mengikut arahan. CTA itu apa?
CTA tu ialah Call-To-Action. Maksudnya, apa tindakan yg perlu prospek buat untuk dapatkan sesuatu. Dengan wujudnya platform digital marketing, founder-founder boleh manfaatkan dan berinovasi dengan sales funnel masing-masing.
cc : sifufbads
5 STRATEGI UNTUK NAIKKAN SALES PADA BULAN PUASA NI..
RAMADHAN DATANG LAGI….
Founder-founder sekalian dah ready ke belum nak BOOM kan marketing anda berpuluh kali ganda supaya boleh menjana income beratus kali ganda raya ni?Woww..Mesti lah dah sedia kan…Apa?Masih ada yang buntu?OMG..macam mana tu?Masa ni la kita nak pulun sales tau…Sabar…sabar…Tak pe..insya allah sempat lagi ni saua nak share sikit apa yang boleh untuk strategi perniagaan anda bulan puasa ni.. 🙂
1.PRODUK ANDA & PERMINTAAN
Nak Raya dengan poket berkepok tahun ni kena la buat bisnes tambahan..Tapi nak berbisnes mestilah perlu ada barang apa nak di jual..
Macam mana nak pilih barang apa yang pasti laku semasa bulan puasa ni?
Sebelum tentukan produk apa yang anda nak jual gunakan 4W utk tentukan produk anda.
(What,When,Where,Who).
Pastikan produk atau barang yang anda ingin pasarkan adalah memenuhi permintaan sebelum dan selepas raya dan menyelesaikan masalah pengguna.
Antara produk memang Hot selling bulan puasa ialah
1.Pakaian( Baju raya,Tudung Raya)
2.Makanan (Kuih raya,lemang)
3.Kecantikan & Aksesori (Make up,kerongsang)
4.Penggangkutan (pusat servise kereta,tiket bas)
2.TIMELINE STRATEGI
Penting ! Penting!..sediakan timeline untuk promosi produk anda kalau anda memang nak boom kan produk anda pada masa ramadhan ni.
Rancang dengan teliti timeline,material,produk,kos,freegift dan lain-lain supaya anda sentiasa berada dilandasan yang betul.
Tulis target sales anda pada bulan tersebut dan juga target marketing yang akan di keluarkan.Siap sedia dengan PLAN B supaya
mecapai pulangan yang berganda dengan usaha marketing strategi yang dijalanlankan.
3.TINGKATKAN ENGAGEMENT
Bina perkongsian untuk menarik balik hubungan dan kepercayaan dari pelanggan.Buat hantaran pesanan ucapan seperti Salam Ramadhan pada
pelanggan databased.
Ketahui waktu sesuai perkongsian pada bulan Ramadhan.Pada seawal 4pagi dah boleh buat perkongsian jika bulan ramadhan.
4.PROMOSI
Jalankan promosi yang lain dari sebelum ni yg mana hanya boleh dibeli pada bulan pusasa sahaja.Contohnya dengan belian 2helai
tudung free lagi 1 helai .
Eh..dah start follow up databased belum?Dah boleh war-warkan promosi bulan puasa anda.Jika anda ada koleksi yang sebelum nya buat Live sambil sediakan contest duit raya untuk tarik minta pelangga melihat Live anda sesambil menjual produk anda mungkin dengan harga promo sekali.
Gunakan databased yang sedia ada dengan betul kerana mereka telah mengenali anda.Kenapa perlu bersusah payah mencari pelanggan baru kan.Buka promosi pada pelanggan databased dahulu.Supaya kita lebih menghairgai mereka dan jadikan mereka lubuk emas anda.
5.KOLABORASI
Jalankan kolaborasi dengan produk lain.Contoh Jika anda menjual tudung kolaborasi dengan produk kecntikan.
Dimana dengan pembilan produk anda pelanggan boleh mendapatkan diskaun dengan produk lipstik X.
.
Bukan hanya membantu menaikan brand anda pada pelanggan yang dah mengenali tetapi pelanggan kosmetik juga akan kenali produk
anda juga.Atau gunakan artis sebagai kolaborasi produk anda pada koleksi khas raya.
Untuk ni perlukan perancangan yang lebih awal la nasihat saya.Supaya lebih berjalan lancar dan teratur.
Alhamdulillah..itu setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan pada anda.Semoga ia bermanfaat untuuk masa hadapan.
Terima kasih dan Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat islam yang menyambutnya.
5 BENDA BASIC YANG PATUT ELAK LETAK DI MUKA
Selalu kita baca tips-tips diy yang menggunakan 5 jenis bahan ni. Bahan-bahan nie memang senang nak jumpa dekat mana sebab dekat dapur tiap-tiap rumah mesti ada. Impossible takde! Hehe.
- Lemon – Kalau tgk tips diy kat youtube kata boleh gunakan air perahan lemon nie untuk hilangkan parut. Tapi tahukah anda, lemon nie sifat dia berasid and sangat tak sesuai untuk letak dekat kulit muka. Silap-silap muka boleh terbakar tau. So please elakkan!
2. Ubat gigi – Nak kecutkan jerawat senang je, gunakan ubat gigi. Confirm kecut kan! Tapi PH ubat gigi nie tinggi tau tak? Ubat gigi punya ingredient ada banyak yang buat kulit lagi pedih.
3. Bawang putih & Kulit kayu manis – Boleh akibatkan kulit irritation, terbakar & pedih sebab panas kot dua bahan nie nak letak dekat muka. Hurmmm.
4. Baking soda – Sape penah cuba soda bikarbonat + air, tips untuk scrub muka bagi bersih. Soda bikarbonat + lemon juice, untuk hilangkan blackhead. Fyi, soda bikarbonat punya pH sangat tak sesuai dengan kulit muka. Boleh buat kulit lagi kering. Sangat sangat kering. Boleh rosakkan barrier kulit. Lagi lama kita guna, lagi rosak.
SUMBER: IMAN ABDUL RAHIM
#LIMA (5) JENIS VITAMIN YANG ANDA PERLU DALAM SKINCARE
Adakah anda benar-benar tahu apa #vitamin yang bagus untuk kulit anda di dalam set penjagaan wajah anda hari-hari?
Saya nak sharekan pada anda #lima jenis vitamin yang sepatutnya ada dalam set #skincare anda 🙂
Retinol adalah salah satu bahan terbaik untuk anti penuaan. Ia mampu untuk mengurangkan kedut dan menganjalkan kulit. Bagaimanapun, ada kekurangan untuk bahan nie di mana ia sensitif pada cahaya matahari. Sekiranya anda #mengandung atau #breastfeeding, bagus untuk anda elakkan retinol dalam set penjagaan kulit anda ye.
Fungsi utama #niacinamide adalah untuk pencerahan dan dalam masa yang sama untuk fungsi melawan #jerawat. Selain daripada itu, ia juga boleh mengurangkan pores yang ada di wajah. Nak kecikkan tak boleh tau, hehe.
Vitamin B5 merupakan anggota keluarga kepada vitamin b kompleks (pantothenic acid). Panthenol adalah salah satu bahan terbaik yang ada di dalam set penjagaan wajah. Sangat bagus untuk fungsi melembapkan kulit wajah sebab kekuatan untuk menarik air ke dalam kulit muka sangat tinggi.
Antara bahan yang strong untuk pencerahan, reduce pigmentation, nak bagi kulit lebih glowing, anti penuaan dan nak firmkan kulit.
Kebaikan vitamin e untuk kulit antaranya untuk meremajakan kulit, sangat efektif untuk mencerahkan kulit wajah. Selain daripada itu, #vitamine juga sangat baik untuk melembapkan kulit wajah
Okay ini adalah 5 vitamin yang terbaik untuk kulit, jangan lupa cek #skincare yang anda ada ye.
#skincare #kilangoem #produkjenamasendiri #kilangoemmalaysia #kilangoemmakanan #produkmurah #produkhilangkanjerawat #mohabiotech #produkbrandsendiri #kosmetikbrandsendiri #jenamasendirimurah #jenamasendirimoqrendah #jenamasendirikosmetik