3 CARA UNTUK MENDAPATKAN MODAL PERNIAGAAN

Sebelum memulakan perniagaan, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah modal. Tak ada modal macam mana nak mulakan perniagaan. Sebahagian pemilik bermula dengan ‘zero’ modal, manakala sebahagian lagi ada simpanan separuh. Tapi, bagaimana cara nak cukupkan modal sehingga mencapai amaun yang kita perlukan ? Ada 3 cara untuk mendapatkan modal sebelum memulakan perniagaan.

Pertama sekali, menggunakan wang sendiri. Anda boleh menggunakan wang sendiri sama ada simpanan dalam bank, atau menjual barangan peribadi untuk tambahan modal. Sebagai contoh, ramai yang menjual baju atau barang-barang peribadi sebagai ‘preloved’ untuk mendapatkan wang tambahan.

Menjual barangan peribadi untuk menambahkan modal adalah perkara biasa. Setelah bisnes berjalan, anda boleh membeli semula barang peribadi yang baru untuk kepuasan diri. Tapi, perlu ingat, asingkan untung syarikat dengan modal pulangan untuk pastikan bisnes berjalan dengan lancar tanpa ada masalah kewangan.

Membuat pinjaman sebagai modal perniagaan juga antara cara yang sering diambil. Melalui pinjaman, perniagaan dapat ditubuhkan lebih cepat tanpa perlu menunggu simpanan sendiri mencukupi. Walau bagaimanapun, oleh kerana modal anda berpunca dari pinjaman, anda perlu berhati-hati dengan cashflow. Ini kerana anda perlu membayar semula pinjaman tersebut.

Kebanyakan peniaga hanya memikirkan bagaimana mereka ingin mendapatkan pinjaman tanpa memikirkan apa yang mereka perlu lakukan untuk membayar semula pinjaman tersebut. Apabila anda telah membuat pinjaman, cuba fikirkan cara untuk membayar semula.

Anda seharusnya tidak terlalu optimis untuk mendapatkan pulangan besar dalam perniagaan pada bulan-bulan pertama. Jika perlu, buatlah anggaran yang lebih spesifiik. Daripada itu, anda dapat menilai sama ada anda mampu membayar semula pinjaman tersebut atau tidak.

Daripada menjalankan perniagaan dengan modal anda seorang sahaja, atau daripada pinjaman yang ditanggung sendiri, anda juga boleh melakukan perkongsian perniagaan dengan orang lain. Melalui perkongsian, risiko perniagaan yang anda tanggung berkurangan kerana anda mengongsikannya dengan rakan-rakan perniagaan yang lain. Tetapi keuntungan perniagaan juga harus dikongsi.

Namun, siapa yang mahu menjadi rakan niaga anda ? Ini bergantung pada kebolehan anda untuk menetapkan strategi yang baik untuk menjana keuntungan dalam perniagaan. Pastikan anda memberikan penerangan yang realistik, sederhana, dan tidak keterlaluan memberi gambaran keuntungan kepada calon rakan niaga anda.

Jadi sekarang anda telah mengetahui cara-cara mendapatkan modal perniagaan. Semoga anda membuat pilihan yang terbaik daripada tiga pilihan yang telah dibincangkan.

Tags: No tags

Comments are closed.