5_ALASAN_ORANG_GAGAL-01

5 ALASAN ORANG GAGAL SELALU BERI

“THE BIGGEST MISTAKE A SMALL BUSINESS CAN MAKE IS TO THINK LIKE A SMALL BUSNINESS”.Tak semua orang yang ada minat untuk berniaga dan boleh berjaya sehingga mejadikan perniagaan tu menjadi perniagaan keluarga boleh di turun temurun sehingga genereasi setersunya.Dalam islam sendiri mengatakan 99  rezeki adalah datang dari perniagaan.Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti pasti kan diri anda dari awal telah buang sikap negatif ni dahulu.

  1. Seharusnya produk bukan punca anda gagal dalam pernigaan.Adakah anda menjadikan perniagaan ni sebagai bidang terjun anda? Jika ia anda perlu lebih berusaha lebih keras lagi untuk permulaan perniaggan anda.Anda perlu betul betul khatam mengenai produk supaya setiap apa jua yang bakal di soal selepas ini oleh sesiapa pun anda dapat jawab dengan logik,betul dan tepat.Anda perlu betul betul kenal produk anda kelebihan dan kekurangan nya supaya anda confident untuk mejual

Anda harus lebih kretif dalam memperkenalkan produk anda contoh nya

  • katalog produk anda
  • feedback dari pelanggan
  • pengalaman anda pakai sendiri
  • rekod jualan
  • kelebihan dan yg tiada pada pesaing

  1. Seorang usahwan perlu berani menanggung risiko.Anda perlu ada ilmu dalam bidang pemasaran.Sediakan planing marketing produk anda mengikut bajet yang anda ingin laburkan.Jika anda mempunyai modal yang terhad mulakan dengan platform menggunakan zero marketing.Ubah strategi pemasaran sekiranya planning kos anda meningkat.Sediakan plan B sebagai backup plan.

Antara Free marketing yang anda boleh guankan

  • kuasa mulut ke mulut
  • facebook
  • twitter
  • market place
  • youtube
  • blog

  1. Lumlah perniagaan memang akan ada persaing dalam perniagaan.Persaing ialah pesaing yang menjalankan perniaggan yang sama untuk memenuhi kemahuan pengguna.Pernahkan anda membuat analisis persaing anda?Apa yang perlu di ambil kira dalam menganalisis persaing anda ialah mengambil kira kekuatan dan kelemahan.Buat strategi baru untuk memenuhi kekurangan yang ada pada pesaing.Sekiranya anda dapat menjadikan kekurangan pesaing sebagai kelebihan anda pasti anda akan merasakan persaingan itu adalah persaingan yang baik.

Buat SWOT ANALYSIS mengenai :

  • Strengths
  • Weaknesses
  • Oppotunities
  • Threats

  1. Perniagaan maksud umum pengiklanan,mempromosi atau mebuat jualan.Pemasaran merupakan falsafah perniagaan.Pemasaran yang menghidupkan sesuatu brand atau produk.Bagaimana produk boleh terjual sekiranya tiada sebarang info untuk pelanggan untuk membeli? Lakukan pemasaran  supaya pelanggan percaya untuk membeli produk kita.

Lakukan 5P dalam pemasaran anda iaitu

  • Place
  • Product
  • Price
  • Promotion
  • People

  1. Salah pilih perniaggan adalah alasan yang tak boleh di terima sebenarnya.Tiada perkara yang mudah dalam dunia ni,semuanya perlukan usaha.Sekiranya anda menjadikan ia alasan mesti anda seorang yang hanya ingin cuba-cuba dalam bidang ni.

Jangan bazirkan wang dengan sesuatu yang merugikan.Pastikan anda bersedia terlebih dahulu sebelum mulakan bisnes.Kaji tentang produk anda,pemasaran,pesaing,pembeli,margain keuntungan dan lain lain.

Semoga menjadi manfaat untuk anda yang dalam bidang perniaggan atau baru ingin mulakan perniaggan.Tetapkan pendirian anda untuk mempunyai perniaggan yang berjaya suatu hari nanti.Buang alasan-alasan ini dalam kehidupan anda.Kunci kejayaan adalah di tangan anda bukan pada orang lain.

20170714122856-shutterstock_486713719_cropped_1584x780

6 Acid Yang Anda Bakal Jumpa Dalam Produk Skin Care

Acid atau asam memang biasa digunakan dalam produk skincare. Ada berbagai macam acid dengan manfaat yang baik untuk kulit. Sebelum membeli dan memakai produk skincare, ada baiknya untuk mengetahui kandungan apa yang ada di dalam produk tersebut, termasuk tahu fungsi acid apa yang ada di dalamnya.

1. HYALURONIC ACID
Hyaluronic Acid (HA) atau asid hyaluronik sebenarnya bertindak sebagai bahan semula jadi dalam menghidrat dan melembapkan kulit. Kandungan ini juga boleh melegakan keradangan dan berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas. HA dapat mengekalkan kelembapan kulit lebih lama supaya kulit bebas dari dehidrasi. Oleh itu, jika anda mempunyai penghidratan yang mencukupi, kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain boleh hilang.

2. LACTIC ACID
Sering mengambil susu, buah atau sayuran? Rupa-rupanya terdapat kandungan asid laktik, anda tahu. Nah, jika susu, buah-buahan dan sayur-sayuran memainkan peranan dalam tubuh anda, manakala dari luar tubuh, produk dengan kandungan ini dapat menghasilkan kulit yang lembut dan tidak merengsa. Asid laktik juga boleh meringankan kulit. Dan bagi pemilik kulit sensitif, kandungan ini selamat untuk digunakan.

3. GLYCOLIC ACID
Tidak jauh berbeza dari dua kandungan asid sebelumnya, asid glikolik juga diketahui berkesan dalam memerangi tanda-tanda penuaan kerana ia dapat mempercepat penggantian sel-sel kulit berkat kesan pengelupasan yang dapat mengangkat sel-sel kulit mati. Kandungan ini juga berguna untuk mencerahkan kulit kerana ia boleh menghilangkan bintik-bintik di muka. Jadi, jika anda ingin menggunakannya setiap hari, pilih produk dengan kandungan asid glycolic 6-12 peratus di dalamnya. Tahap ini memberikan faedah yang lebih baik tanpa mengambil risiko kulit anda.

4. SALICYLIC ACID
Jika asid ini pasti tidak asing kepada mereka yang telah menggunakan penjagaan kulit untuk membasmi jerat. Ya, asid salisilik adalah salah satu bahan yang berkesan untuk menghilangkan parut dan mengatasi jerawat! Kenapa asid salisilik ini berkesan? Biasanya jerawat timbul daripada kandungan minyak yang berlebihan pada muka bercampur dengan kotoran supaya ia menyusun dan menyumbat liang-liang. Keadaan ini mencetuskan perkembangan bakteria yang menyebabkan jerawat yang bersarang di kulit. Asid salisilik adalah kandungan yang mampu berfungsi untuk membersihkan kulit ke liang-liang dan melawan bakteria yang menyebabkan jerawat.

5. RETINOIC ACID
Asid retinoik atau tretinoin adalah terbitan vitamin A yang biasa digunakan untuk melawan tanda-tanda penuaan pramatang. Cara kerja kandungan ini adalah dengan mencetuskan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan memperkuat lapisan dalaman kulit. Hyperpigmentation kulit boleh disamarkan dengan produk yang mengandungi asid retinoik. Terdapat satu perkara yang perlu anda ingat ketika menggunakan produk dengan kandungan ini, yang biasanya di beberapa wanita pada awal beberapa hari kulit akan mengupas dan mungkin juga sedikit merah. Tetapi ia semulajadi kerana kandungannya berfungsi untuk pertumbuhan semula kulit: Menggalakkan sel-sel kulit mati untuk keluar dan mencetuskan pertumbuhan sel-sel kulit baru.

6. MYRISTIC ACID
Mungkin satu kandungan asid ini masih terdengar aneh di telinga anda. Asid myristic atau asid tetradecanoic sering dijumpai dalam pala, minyak sawit dan minyak kelapa. Dalam industri kecantikan sendiri, ramuan ini memainkan peranan penting ketika membersihkan wajah, dan berkesan menyerap minyak dan kotoran yang berlebihan pada kulit. Walau bagaimanapun, juga memberi perhatian kepada tahap penggunaan supaya tidak menyebabkan kekeringan pada kulit.

Bagaimana cara jual produk atau servis mahal_ (1)

5 cara jual produk atau servis yang mahal kepada pelanggan

Tahukah anda, mahal itu sangat SUBJEKTIF.

Ada sesuatu barang yang kita sendiri rasa mahal tapi boleh jadi bagi orang lain ianya murah.

Teruskan membaca ya!

Jika anda mahu rumah kelihatan lebih besar, letak khemah disebelahnya. Jika anda mahu rumah kelihatan lebih kecil, letak bangunan disebelahnya. Semua orang suka membandingkan harga. Jadi ‘benarkan’ prospek anda melakukannya.

Untuk result yang terbaik, bandingkan dengan produk yang paling mahal dalam kategori produk/servis anda.

Nama teknik ini adalah ‘Price Anchoring’. Ia membantu prospek utk buat keputusan untuk mencuba produk anda yang sudah kelihatan murah sekarang.

Prospek membeli disebabkan nilai dan manfaat produk anda, bukan ciri-ciri produk anda. Sebagai contoh, prospek tidak mahu tahu produk anda adalah dari buah paling susah nak cari di hutan Amazon, tapi prospek nak tahu buah tersebut dapat menyembuhkan penyakit kencing manis dia ataupun tidak.

Jadi fokuskan manfaat yang prospek anda akan dapat bilamana dia membeli beg tangan tersebut dari anda.

Soalan yang bagus seterusnya untuk anda tanya sebelum mula menjual adalah dimana prospek anda tinggal?

Contohnya, pembeli beg tangan Hermes-Birkin tidak tinggal di rumah flat.

Pembeli-pembeli yang ada kuasa kewangan ini ada ‘hotspot-hotspot’ nya. Contohnya di Country Height, Tropicana Damansara atau di tempat yang anda nampak rumah-rumah banglo besar sekitar kediaman anda.

Ingat, target market yang betul penting dalam memastikan produk atau servis yang kita rasa mahal itu dirasakan murah dan berbaloi oleh bakal pembeli tersebut.

‘Value prism’. Apa tu?

Ini adalah salah satu dari teknik menulis copywriting dimana anda menyerlahkan produk dengan menceritakan semua yang berlaku dalam penciptaan produk itu.

Pernah anda dengar tentang Dyson?

Dyson terkenal dengan penyedut vakum dan kipas angin mereka dan harga mereka bukan calang-calang. Lebih mahal berbanding produk-produk yang sama kategori dengan mereka. Mereka menekankan penyedut vakum mereka dengan penceritaan kesusahan mereka berfikir dan menjalankan experimen sehingga mencipta penyedut vakum yang siap di’patent’kan.

Percayalah, susah untuk anda jual produk mahal di persekitaran yang nampak murah atau barangan-barangan jualan sekitarnya murah-murah. Kenapa ‘Duck Scarves’ buka kedai di KLCC? Kenapa tidak di Tesco?

Anda sendiri jika mahu menjual produk mahal, pastikan website, facebook, instagram, youtube dan semua saluran pemasaran anda nampak setanding dengan produk-produk yang seangkatan harga dengannya.

Jangan lupa titik beratkan juga dari segi pembungkusan (packaging) produk dan juga khidmat pelanggan yang mesra dan menjawab semua persoalan prospek.

Menjadikan pengalaman membeli yang mahal menjadikan prospek rasa berbaloi untuk belanja duitnya untuk produk anda!

 

Credit: Fahdi Ghazali

Headline

TIPS MENULIS HEADLINE COPYWRITING

Huh! Apa nak tulis ayat untuk iklan nie?

Tulis.. delete

Tulis..delete..

Tulis lagi, delete lagi…

Blur kan??sebab idea nie mcm taknak keluar je.

Sebenarnya, anda tak ada idea untuk tulis ayat iklan sebab anda tidak kenal segmen pelanggan anda.

“FORMULA MUDAH UNTUK TULIS HEADLINE”
[Produk] + [Segmen Pelanggan] + [Masalah]

TIPS untuk menulis headline pada gambar:

  • Fahami prospek anda sedalam-dalamnya terlebih dulu.
  • Tahu gaya bahasa yang mereka gunakan.
  • Tulis maksima 3 row, huruf rapat-rapat.
  • Rajin-rajinkan la diri tengok iklan billboard yang bagus.
  • Jaga kesesuaian size font, jangan lebih 20%.

 11 jenis headline seperti yang korang boleh cuba pakai:

 

Selamat mencuba!

Credit: Sifufbads & Firdaus Azizi

GAMBAR_WEBSITE-08

5 KESILAPAN BESAR FONDER YG ANDA PERLU ELAKKAN SUPAYA PRODUK TIDAK SIMPAN DI BAWAH KATIL.

Selalunya fonder terlalu yakin yang mereka mampu menjual produk mereka sendiri tanpa memerlukan ilmu didada dahulu.Itu lah yang sering berlaku pada yang baru sahaja melonjak masuk ke bidang perniagaan ni.Nampak macam senang bila ada produk mesti tuju nak menjual di facebook sendiri, sanak sedara  dan rakan office dan mengharapkan mereka akan membeli dan marketing secara mouth to mouth berlaku.Ya..memang akan berlaku cara tu tapi berapa lama untuk kita tunggu sehingga produk kita dikenali ramai?

Adakah anda pernah rasa nak buat macam tu?

Nak tahu apa lagi kesilapan Fonder produk bila produk dah ada depan mata?

1.TIADA ILMU MARKETING

Setiap apa jua yang kita nak jual perlu lah ada strategi pemasaran nya.Jika anda tidak besiap sedia dengan ilmu pemasaran terlebih dahulu sudah tentu nanti produk anda akan lambat terjual.Antara yang paling basic anda perlu tahu ialah

-Cara menulis content untuk menarik minat pelanggan mengikuti Facebook atau instagram anda.

-Gambar yang digunakan mestilah cantik,tersusun,menarik minat dan lain lain.

-Testimoni produk sama ada gambar,video dan  lain lain lagi sebagai trust pelanggan pada produk anda.

2.TERLALU HARD SELL

Antara kesilapan besar fonder ialah terlalu hard sell semasa promote produk di platform marketing.Atau maksud lain terlalu mempromot produk tanpa beritahu kelebihan atau keismtimewaan produk itu.Saya syorkan cuba selitkan unsur content yang berbentuk memberi ilmu tambahan atau tips lain yang boleh berkait juga dengan produk.

3.TIDAK KONSISTEN

Ini lah yang ramai fonder abaikan sebenarnya.Update pon jarang jarang macam mana produk nak terjual dan meyakin kan pelanggan anda.Ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu

Sediakan jadual terlebih dahulu topik yang anda nak kongsikan untuk setiap hari mungkin untuk seminggu atau sebulan terus(ikut keselesaan anda) .Dengan cara ni anda tak terkial kial nak memikirkan apa yang nak di update setiap hari.

4.TIADA FOLLOWER

Kumpul kan follower media sosial sebanyak mungkin kerana ia boleh membantu mengurangkan kos marketing nanti.Jika anda membuka akaun baru carilah follower yang sesuai dengan target market produk anda.

5.TIDAK SIMPAN DATABASES 

Pastikan anda merekod setiap databases yang anda dapat.Antara yang perlu anda dapat dari pelaggan ialah no tel dan email ini adalah untuk masa panjang anda.

Contoh nya anda nak membuat sales hujung tahun,untuk menghargai pelanggan yang dah membeli produk anda,anda akan memberitahu pada pelanggan sedia ada dahulu sebelum dibuka pada orang luar.Pelanggan akan rasa dihargai kerana mereka diberi keutamaan dahulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LOGO KOMUNIKASI

KOMUNIKASI BISNES YANG BERKESAN

 

 

Komunikasi bisnes adalah pertukaran gagasan dan informasi yang memiliki tujuan tertentu yang digunakan secara personal atau impersonal melalui simbol-simbol .

Komunikasi bisnes harus/ada melibatkan pertukaran informasi yang terus-menerus. Lebih banyak bisnes diperluas, lebih besar tekanannya pada bisnes tersebut untuk menemukan cara komunikasi yang lebih efektif – bersama para pekerja dan dengan dunia di luar. Dengan demikian, bisnes dan komunikasi berjalan seiringan dan penting antara satu sama lain.

Dalam komunikasi bisnes terdapat enam unsur iaitu:

• Memiliki tujuan, iaitu komunikasi bisnes harus memiliki tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya sejalan dengan tujuan organisasi.

• Pertukaran, dalam hal ini melibatkan paling tidak dua orang atau lebih iaitu penyampai dan penerima.

• Gagasan, informasi, instruksi merupakan isi dari pesan yang bentuknya beragam tergantung tujuan, situasi, dan keadaannya.

• Menggunakan saluran personal atau impersonal yang mungkin bersifat tatap muka(one to one), menggunakan media tertentu atau melalui media yang menjangkau jutaan orang secara bersamaan.

• Menggunakan simbol yang merupakan alat atau metode yang dapat difahami oleh penerima untuk menyampaikan pesan.

• Pencapaian tujuan organisasi: salah satu karakteristik yang membezakan organisasi atau lembaga formal dari informasi adalah adanya tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya oleh pengurus.