MOHA BIOTECH MELONJAK NAMA “SME 100 AWARDS MALAYSIA’S FAST MOVING COMPANY”

Anugerah yang begitu besar ini merupakan detik gemilang, MOHA Biotech berjaya membuktikan kemampuan bersaing secara positif serta mencapai kejayaan dalam waktu yang sangat singkat. Sudah semestinya, untuk mencapai ke tahap ini bukan lah perkara yang mudah, kejayaan yang datang dari usaha, dorongan serta sokongan yang  tinggi dari semua pihak MOHA Biotech. MOHA Biotech percaya dengan usaha yang keras dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang sangat bermakna.  Ia sejajar dengan visi dan misi yang dipegang oleh MOHA Biotech sejak tahun 2014 penubuhan.

 Kini, MOHA Biotech telah melahirkan ramai usahawan bumiputera yang berjaya dalam perniagaan khusus kepada bidang Kecantikan, Makanan Tambahan Kecantikan / Kesihatan & Produk Rangkaian Penjagaan Kulit Wajah & Kosmetik . Dengan penerimaan anugerah ini telah menjadikan MOHA Biotech lebih bersemangat untuk terus membangun melahirkan usahawan dan memberikan khidmat yang terbaik kepada setiap pelanggan MOHA Biotech. Kejayaan yang dicapai ini juga kerana kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh setiap pelanggan setia MOHA Biotech. Kejayaan ini tidak lah berhenti disini, MOHA Biotech akan terus menghasilkan produk berkualiti terbaik demi kejayaan lain pada masa hadapan.

Tags: No tags

Comments are closed.