manfaat-mujarab-arang-aktif-untuk-kesehatan

MANFAAT SERBUK ARANG

 

 

  1. Memudarkan bekas jerawat

Serbuk arang adalah baik untuk memudarkan bekas jerawat serta jerawat yang tumbuh pada wajah anda. Untuk anda yang inginkan cara yang mudah dan tidak menggunakan kos yang tinggi, anda boleh cuba membuat masker arang sediri seperti membuat campuran arang dan air mawar ataupun air biasa dan seterusnya oleskan pada wajah anda. Setelah itu, bilas dengan air suam.

 

 

 

  1. Menutup pori-pori yang terbuka

Setiap orang tidak inginkan pori-pori besar terbuka pada wajah mereka. Ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria dari kosmetik menumpuk di kulit yang akan menyebabkan iritasi atau jerawat tumbuh. Jadi, gunakan serbuk arang sebagai masker kerana ia dapat mengecilkan pori-pori serta membersikan kotoran yang menumpuk di pori-pori yang terbuka.

 

 

 

  1. Menyeimbangkan minyak di wajah

Untuk anda yang mempunyai jenis kulit berminyak sesuai menggunakan skincare daripada bahan serbuk arang, ini kerana serbuk arang dapat mengurangkan minyak pada wajah anda dan dapat melembapkan wajah anda seperti kulit normal.

 

 

 

  1. Mengatasi kulit kusam

Polusi udara sepert asap kendaraan bermotor, debu jalanan, radiasi sinar ultraviolet dan asap rokok membuat kulit wajah terlihat kusam. Tetapi, dengan serbuk arang, kotoran tersebut boleh dibuang dengan sempurna. Anda boleh membuat masker sendiri di rumah dengan hanya menggunakan serbuk arang sahaja tau.

 

 

  1. Memutihkan gigi

Gigi Anda akan menguning jika Anda merokok dan sering mengamalkan kopi, teh, atau minuman beralkohol. Arang aktif mampu mengembalikan warna gigi yang cerah sekaligus menjaga kesihatan mulut. Zat ini berfungsi untuk menyeimbangkan kadar keasaman dalam mulut, mencegah gigi berlubang,  bau mulut, dan meredakan penyakit gusi. Basahkan berus gigi anda dan oleskan pada bubuk arang aktif. Gosok gigi anda seperti biasa, terutama pada bahagian yang menguning . Kumur sampai bersih dan pastikan anda minum air secukupnya.

6 TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN

TIPS UNTUK KURUS

 

 

  1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS

Peribahasa “angan-angan taik ayam” biasa akan digunakan bagi orang yang buat satu kerja separuh jalan je. Jadi, kalua anda dah memang nak kurus, teruskan usaha anda sehingga capai target berat yang anda nak. Jika sekarang juga anda nak kurus, set minda dan lakukan apa yang sepatutnya. Bukan tangguh hasrat anda tu.. biasanya makanan dah depan mata, mula lah kata esok la atau minggu depan la baru nak diet. Lebih baik letak matlamat anda untuk kekal sihat selamanya.

 

 

  1. BELAJAR TENTANG KALORI

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu. Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

Ramai orang tak sedar, buat-buat tak sedar atau tak tahu langsung tentang kalori ni.. Kalori boleh buat badan kita bertambah atau membesar & boleh juga kurangkan berat badan kita macam yang kita selalu impikan..

  • Tenaga & pertambahan berat : Ramai orang bertambah berat badan sebab makan lebih dari apa yang badan mereka perlukan & bekalkan terlalu banyak tenaga ke dalam sistem badan mereka. Makanan & tenaga yang lebih ni la bila simpan lama-lama akan tambahkan berat badan kita.
  • Tenaga & pengurangan berat : Anda boleh kurangkan berat badan dengan mengurangkan makanan & tenaga yang kita perlukan. So sistem badan kita akan gunakan lemak-lemak berlebihan dari zaman dulu-dulu tu dalam aktiviti harian kita.

 

 

  1. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Jangan makan banyak sekali hadap ya.. makan dalam kuantiti yang sedikit tapi berulang kali, ok. Seeloknya, anda bawak bekalan “biskut” yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

 

 

  1. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM

Nama pun “makan malam” kan. TETAPI, bukan maknanya anda makan pada waktu malam ya. Waktu yang sesuai untuk anda makan adalah jam 6 petang sehingga jam 7 ptg. Elakkan makan selepas waktu tersebut kerana boleh membuatkan lemak tepu. Tahukah anda ? makanan di dalam badan kita di proses dalam 4- 5 jam selepas kita makan. Cuba anda fikir, jika anda makan pada jam 9 malam.. pukul berapa  makan di proses? Haa takutkan ..

 

 

  1. BANYAKKAN MAKAN BUAH

Bnyak buah-buahan yang ada di jual di Malaysia. Setiap jenis buah mempunyai khasiat tersendiri. Jadi, ini adalah satu makanan yang boleh anda jadikan sebagai snek setiap hari. Amalkan makan buah-buahan tempatan ini kerana boleh dijadikan pengganti coklat atau jajan yang selama ini anda makan. Bukan itu sahaja, buah-buahan juga diperkaya dengan vitamin dan anti – oksidan untuk badan anda supaya kekal sihat sentiasa.

 

 

  1. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)

Badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Jika ingin keluar, nasihat saya bawa lah air masak supaya anda tidak terjebat untuk membeli air manis semasa di luar. hehe

selain itu, Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

Headline

TIPS MENULIS HEADLINE COPYWRITING

Huh! Apa nak tulis ayat untuk iklan nie?

Tulis.. delete

Tulis..delete..

Tulis lagi, delete lagi…

Blur kan??sebab idea nie mcm taknak keluar je.

Sebenarnya, anda tak ada idea untuk tulis ayat iklan sebab anda tidak kenal segmen pelanggan anda.

“FORMULA MUDAH UNTUK TULIS HEADLINE”
[Produk] + [Segmen Pelanggan] + [Masalah]

TIPS untuk menulis headline pada gambar:

  • Fahami prospek anda sedalam-dalamnya terlebih dulu.
  • Tahu gaya bahasa yang mereka gunakan.
  • Tulis maksima 3 row, huruf rapat-rapat.
  • Rajin-rajinkan la diri tengok iklan billboard yang bagus.
  • Jaga kesesuaian size font, jangan lebih 20%.

 11 jenis headline seperti yang korang boleh cuba pakai:

 

Selamat mencuba!

Credit: Sifufbads & Firdaus Azizi

GAMBAR_WEBSITE-08

5 KESILAPAN BESAR FONDER YG ANDA PERLU ELAKKAN SUPAYA PRODUK TIDAK SIMPAN DI BAWAH KATIL.

Selalunya fonder terlalu yakin yang mereka mampu menjual produk mereka sendiri tanpa memerlukan ilmu didada dahulu.Itu lah yang sering berlaku pada yang baru sahaja melonjak masuk ke bidang perniagaan ni.Nampak macam senang bila ada produk mesti tuju nak menjual di facebook sendiri, sanak sedara  dan rakan office dan mengharapkan mereka akan membeli dan marketing secara mouth to mouth berlaku.Ya..memang akan berlaku cara tu tapi berapa lama untuk kita tunggu sehingga produk kita dikenali ramai?

Adakah anda pernah rasa nak buat macam tu?

Nak tahu apa lagi kesilapan Fonder produk bila produk dah ada depan mata?

1.TIADA ILMU MARKETING

Setiap apa jua yang kita nak jual perlu lah ada strategi pemasaran nya.Jika anda tidak besiap sedia dengan ilmu pemasaran terlebih dahulu sudah tentu nanti produk anda akan lambat terjual.Antara yang paling basic anda perlu tahu ialah

-Cara menulis content untuk menarik minat pelanggan mengikuti Facebook atau instagram anda.

-Gambar yang digunakan mestilah cantik,tersusun,menarik minat dan lain lain.

-Testimoni produk sama ada gambar,video dan  lain lain lagi sebagai trust pelanggan pada produk anda.

2.TERLALU HARD SELL

Antara kesilapan besar fonder ialah terlalu hard sell semasa promote produk di platform marketing.Atau maksud lain terlalu mempromot produk tanpa beritahu kelebihan atau keismtimewaan produk itu.Saya syorkan cuba selitkan unsur content yang berbentuk memberi ilmu tambahan atau tips lain yang boleh berkait juga dengan produk.

3.TIDAK KONSISTEN

Ini lah yang ramai fonder abaikan sebenarnya.Update pon jarang jarang macam mana produk nak terjual dan meyakin kan pelanggan anda.Ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu

Sediakan jadual terlebih dahulu topik yang anda nak kongsikan untuk setiap hari mungkin untuk seminggu atau sebulan terus(ikut keselesaan anda) .Dengan cara ni anda tak terkial kial nak memikirkan apa yang nak di update setiap hari.

4.TIADA FOLLOWER

Kumpul kan follower media sosial sebanyak mungkin kerana ia boleh membantu mengurangkan kos marketing nanti.Jika anda membuka akaun baru carilah follower yang sesuai dengan target market produk anda.

5.TIDAK SIMPAN DATABASES 

Pastikan anda merekod setiap databases yang anda dapat.Antara yang perlu anda dapat dari pelaggan ialah no tel dan email ini adalah untuk masa panjang anda.

Contoh nya anda nak membuat sales hujung tahun,untuk menghargai pelanggan yang dah membeli produk anda,anda akan memberitahu pada pelanggan sedia ada dahulu sebelum dibuka pada orang luar.Pelanggan akan rasa dihargai kerana mereka diberi keutamaan dahulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA NAIKKAN BRAND ANDA

[KETAHUI]-5 CARA BIJAK NAIKKAN BRAND PRODUK

Menjadi seorang usahwan yang berjaya bukanlah mudah untuk sampai ketahap itu..Pemasaran adalah benda penting selain perlu ada produk yang ingin di jual..Mungkin anda sudah lama dalam dunia perniagaan tetapi kerana jenama anda tidak begitu menonjol tiada ramai yang kenal akan nama jenama anda.Atau anda baru sahaja memulakan perniagaan dan anda nak jenama anda dikenali.Ada beberapa perkara yang boleh di lakukan untuk membantu anda menaikakan produk anda..

1.TAGLINE BRAND

Fikirkan satu tagline yang mudah diingati dan menunjukakn brand anda itu sendiri.Letak kan ia pada logo anda kalau boleh.Nampak ringkas tetapi benda ini boleh membuatkan brand anda di ingati untuk selamanya.Pilih slogan yang pendek tetapi mempunyai maksud.

Image result for BRAND AND TAGLINE

2. BUAT CO- BRANDING

Oleh kerana brand anda baru sahaja nak dikenali anda boleh cuba tumpang branding jenama besar.Cara nya ialah ikut serta mana mana pameran yang mana nama jenama besar juga turut serta dalam acara itu.Contoh nya memberi sponsor semasa aktiviti amal, anugerah yang di siarkan di televisyen, drama Tv dan lain lain lagi..

Setidaknya jenama anda terpapar salah satua yang  turut membantu acara tersebut.Perlu diingat juga membuat co branding dengan jenama yang sudah terkenal haruslah kena pada prospek anda juga.Supaya pelanggan mereka turut tertarik dengan produk anda.[mbuttons b_size=”buton-null” color=”b_asset, blue, pink, green, orange, purple, darkgrey, black, dusty, red” transition=”Write buton-1 or …buton-6″ url=”null”]null[/mbuttons]

Related image

3.BINA WEBSITE PERNIAGAAN

Ramai yang tidak tahu bahawa website sangat penting dalam perniagaan.Website adalah satu platform yang membuatkan jenama anda lebih dipercayai ramai.Ia menampakkan perniagaan anda bukan lah hanya bisnes biasa sahaja.

Jadikan webiste tempat anda memberitahu tentang company, produk atau boleh buat jualan terus dari webiste.Pastikan website anda mesra pengguna dan mempunyai pengisian yang menarik untuk di baca.Kongsi mengenai perniagaan atau tips di website.

Image result for website

4.SENTIASA AKTIF DI MEDIA SOSIAL

Sekiranya perniaganan anda B2C (business to consumer) anda harus ada platform media sosia.Antara media sosial yang boleh digunakan ialah Facebook,instagram,twitter,blog,telegram.Ia lebih mudah untuk anda yang terus menjual dengan konsumer.

Sebaiknya perlu ada min 3 akaun sosial media untuk penjualan.Pastikan anda post secara rutin min 2kali sehari untuk mendapat perhatian follower anda.

5.Membuat pemasaran online dan ofline mengikut bajet.

Iklan juga boleh membantu menaikan nama brand anda di kenali.Untuk permulaan mulakan iklan dengan bajet yang rendah.Pastikan anda menetapkan target yang sesuai untuk semasa iklan.Untuk memastikan anda tidak melakukan pembaziran di iklan cth nya di media sosial belajar serba sedikit cara membuat iklan.

Mengikut mana mana pameran yang besar seperti HALALFEST,MIHAS,JOM HEBOH juga memberi pendekatan menaikan brand anda.Pameran seperti ini memelurkan anda turun padang untuk membuang offline marketing.

Related image

 

 

Selamat Datang ke Moha Biotech

Selamat datang ke website Moha Biotech Manufacturing Sdn Bhd. Alhamdulillah website kami kini dalam proses penambahbaikan bagi memastikan pelanggan-pelanggan kami sentiasa diupdate dengan berita-berita terbaru daripada kami.

Segala maklumat berkaitan dengan Moha Biotech akan disampaikan melalui website begitu juga dengan produk-produk terbaru kami.

Oleh itu kami berharap anda terus setia bersama kami dan kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk anda.