1

Fakta Menarik Skincare Jenama Lokal Malaysia

Produk penjagaan kulit (Skincare) daripada pengeluar lokal semakin mendapat perhatian ramai terutama daripada pengguna tegar produk skincare. Kini di Malaysia terdapat lebih ratusan jenama yang menawarkan produk skincare yang berkualiti tinggi setanding produk popular jenama antarabangsa. Disebabkan oleh permintaan produk Skincare yang semakin meningkat, pengeluar-pengeluar Skincare tempatan Malaysia semakin giat melakukan kajian bagi menaik tarafkan lagi kualiti formulasi selain dapat meningkatkan nilai produk jenama tempatan dalam pasaran setempat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, produk skincare jenama tempatan semakin popular dan meningkat sehingga ada yang berjaya dibawa masuk kedalam butik-butik kecantikan bertaraf antarabangsa. Antara faktor yang dapat kita lihat membawa kepada kenaikkan nilai produk skincare tempatan ini adalah pertama;

Kejayaan Founder dan Pengilang dalam mencipta formulasi produk yang lebih serasi dengan jenis kulit dan cuaca di Malaysia. Hai ini seiring dengan teknologi informasi yang semakin berkembang pesat menjadikan penggemar skincare semakin cakna dalam menentukan jenis produk, bahan-bahan dan formulasi yang sesuai dengan jenis kulit mereka. Kesedaran ini membuka peluang kepada jenama skincare tempatan untuk mencipta formulasi produk yang lebih berkualiti sesuai dengan permintaan pengguna tempatan.

Selain itu, nilai kesedaran yang dipupuk oleh pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kepentingan pengunaan produk kecantikan yang selamat juga memain peranan penting dalam peningkatan nilai produk lokal. Sebagaimana yang diketahui umum, produk skincare yang dibawa masuk dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Kemboja amat popular sewaktu ketika dahulu kerana dapat memberikan kesan yang jelas dan cepat. Walaubagaimanapun, kebanyakkan produk ini mengandungi bahan terlarang seperi Mercury dan Hydroquinone yang boleh merbahayakan kesihatan pengguna. Melalui kesedaran tersebut, pengguna mula mencari produk yang selamat dan berkualiti seterusnya memberi peluang kepada pengeluar jenama skincare tempatan untuk menghasilkan produk yang selamat bagi memenuhi permintaan tersebut.

Akhir sekali, Pengeluar-pengeluar produk skincare tempatan sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan kualiti produk agar formulasi yang dihasilkan setanding dengan formulasi antarabangsa. Terdapatkan puluhan kilang yang berstatus GMP dengan pakar Cosmetic Chemist yang berpengalaman bersedia membantu Founder tempatan menghasilkan formulasi yang berkesan, berkualiti dan terjamin. Selain itu, kebanyakkan Founder skincare di Malaysia juga mempunyai latar belakang pengajian yang berhubung rapat dengan Cosmetic Chemist/Dermatologist bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

situs gacor hari ini slot 4d situs gacor hari ini situs slot gacor toto slot toto slot toto slot situs toto link slot gacor slot gacor link slot kampungbet situs slot gacor situs toto kampungbet monperatoto kampungbet
5-PERBEZAAN-JUAL-PRODUK-JENAMA-SENDIRI-VS-JUAL-PRODUK-ORANG

5 Perbezaan Jual Produk Jenama Sendiri vs Jual Produk Orang

BERCERITA TENTANG SALES NI,RAMAI LAGI YANG TAK TAHU NAK BEZAKAN ANTARA JUAL PRODUK JENAMA SENDIRI ATAUPON JUAL PRODUK ORANG LAIN…RAMAI YANG MAIN “HENTAM” JE MENJUAL!!..TAK PERNAH FIKIR PON APE BENEFITNYA,APA KEBURUKANNYA..BETUL TAK??MENGAKU JE LAA..HEHEHE…SOOO…SEBELUM TERLAMBAT SAYA NAK SHAREKAN DEKAT KORANG APA PERBEZAAN YANG KORANG TAK TAHU KALAU KORANG JUAL PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN MENJUAL PRODUK ORANG LAIN

1)KEUNTUNGAN

-BAGI JUALAN PRODUK JENAMA SENDIRI,SUDAH SEMESTINYA KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI ADALAH SANGAT BESAR.DIMANA ANDA TIDAK PERLU MEMBAHAGIKAN KEUNTUNGAN KEPADA MANA-MANA PIHAK.YANG PASTINYA KEUNTUNGAN ITU MENJADI MILIK ANDA.

-BERBEZA PULA DENGAN KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI HASIL DARIPADA JUALAN PRODUK ORANG LAIN, APABILA KITA MENJUAL PRODUK ORANG,KEUNTUNGAN YANG KITA AKAN DAPAT TIDAK BANYAK,KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA,SEMESTINYA MEMBERI KEUNTUNGAN YANG BANYAK KEPADA OWNER BERBANDING DROPSHIP.

2)MODAL

-SEPERTI YANG KITA TAHU BAGI FOUNDER YANG INGIN MENGHASILKAN PRODUK JENAMA SENDIRI PASTI AKAN MELALUI FASA YANG AMAK SUKAR DAN BERISIKO TERUTAMANYA ADALAH MODAL,INI KERANA UNTUK MENGHASILKAN PRODUK JENAMA SENDIRI,SESEORANG ITU PERLU MENGELUARKAN MODAL SAMA ADA MODAL YANG TINGGI ATAUPUN MODAL YANG RENDAH DAN YANG PASTINYA BERANI UNTUK MENANGGUNG RISIKO JIKA GAGAL DALAM PERNIAGAAN, WALAUPON MENGGELUARKAN MODAL ANDA TETAP BERJAYA WUJUDKAN PRODUK JENAMA ANDA SENDIRI.

-BERLAINAN PULA DENGAN MENJUAL PRODUK ORANG LAIN,YANG MANA KITA TAHU APABILA KITA MENJUAL PRODUK ORANG KITA TIDAK PERLU MENGELUARKAN APA2 MODAL,MALAH MEMBERI LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN KEPADA DIRI SENDIRI MAHUPUN OWNER JIKA MEREKA BERJAYA MENJUAL LEBIH DARI SEPATUTNYA.BAGI MEREKA SEPERTI DROPSHIP,STOKIS,AGEN RISIKO NYA TIDAK LAH SEBESAR PENGELUAR PRODUK.TETAPI DENGAN MENJUAL PRODUK ORANG KITA TIDAK AKAN MERASA ADANYA PRODUK SENDIRI DAN ANGAN2 UNTUK MENJADI “BOSS” TERKUBUR MACAM TU SAHAJA.

3)STOCK

-BAGI PENGELUAR PRODUK , SUDAH SEMESTINYA MEREKA AKAN MENYIMPAN STOCK YANG BANYAK,BUKAN 10,BUKAN 100,BUKAN 1000 MALAH BERIBU2.JADI ,BAGI PENGELUAR PRODUK JENAMA SENDIRI MEREKA AKAN MEMASTIKAN BAHAWA STOK- STOK MEREKA SENTIASA MENCUKUPI,BERADA DALAM KEADAAN BAIK,TIDAK ROSAK DAN TIDAK TAMAT TEMPOH.BAGI MEREKA YANG BUAT PRODUK SENDIRI MEREKA AKAN BERASA SERONOK DAN GEMBIRA KERANA MEREKA BOLEH MEMEGANG PRODUK MEREKA SENDIRI,BOLEH LIHAT PRODUK JENAMA MEREKA SENDIRI.BOLEH TAHU MASALAH SETIAP PRODUK MEREKA

-MENJUAL PRODUK ORANG,SUDAH PASTI KITA TAHU BAHAWA KITA TIDAK AKAN MENYIMPAN APA2 STOK.WALAUPON SEBAGAI DROPSHIP,AGEN MAHUPON STOKIS.INI KERANA ,PRODUK YANG MEREKA JUAL ,DIPEGANG OLEH PENGELUAR PRODUK DAN DIHANTAR TERUS KE PELANGGAN.JADI MEREKA YANG MENJUAL PRODUK ORANG,TIDAK PERLU MENAGGUNG APA2 RISIKO ATAU MASALAH BERKAITAN STOK WALAUPUN SEBAGAI AGEN DAN STOKIS MEREKA PERLU MEMEGANG STOCK TETAPI TIDAK SEBANYAK DENGAN PENELUAR PRODUK.

4)”MARKETING” STRATEGI

-SEBAGAI OWNER PRODUK,”MARKETING” STRATEGI SANGAT2 PENTING UNTUK ANDA PASARKAN PRODUK JENAMA ANDA SENDIRI,BAGI OWNER PRODUK,MEREKA BOLEH DIKATAKAN ZERO KNOWLEDGE TENTANG MARKETING TETAPIA BILA MEREKA BERJAYA HASILKAN PRODUK SENDIRI DISITULAH MEREKA BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN STRATEGI PEMASARAN MASING2 YANG MANA DARI ZERO KNOWLEDGE HINGGALAH KE FULL KNOWLEDGE

-JADI DARI SITU LAH,SEGALA PENGETAHUAN MARKETING AKAN DI AJARKAN ATAU DITURUNKAN KEPADA ANAK DIDIK MEREKA.SEBAGAI AGEN,DROPSHIP DAN STOKIS MEREKA TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH UNTUK MENCARI TAHU BAGAIMANA NAK MEMASARKAN PRODUK YANG MEREKA JUAL ,INI KERANA,SEGALA INFO “MARKETING”TELAH DITURUNKAN DAN DIAJARKAN KEPADA MEREKA SEPERTI CARA PEMASARAN,IKLAN,BAGAIMANA NAK DAPATKAN PELANGGAN DAN LAIN2.TAPI TIDAK ADA SALAHNYA JIKA MEREKA ADA IDEA SENDIRI UNTUK MENAIKKAN LAGI HASIL JUALAN MEREKA.

5)RISIKO

-TIDAK KIRA DALAM APA JUA PERNIAGAAN SEKALIPUN ,RISIKO TETAP AKAN ADA.TIDAK PELIK JIKA HASILKAN PRODUK JENAMA SENDIRI BERMACAM2 RISIKO YANG DATANG.INI KERANA BAGI PENGELUAR PRODUK JENAMA SENDIRI,MEREKA PERLU BERSEDIA MENANGGUNG PELBAGAI JENIS RISIKO YANG AKAN DATANG TERUTAMANYA DARI SEGI MODAL,PRODUK,KEUNTUNGAN,PEMASARAN JUALAN YANG TIDAK BERKESAN,TIADA DROPSHIP ATAU AGEN YANG BERMINAT.

-BERBEZA PULA DENGAN YANG MENJUAL PRODUK ORANG,RISIKO NYA TIDAK LA SEBANYAK PENGELUAR PRODUK,KERANA RISIKO YANG SELALU DIHADAPI OLEH DROPSHIP ATAU AGEN,KEBIASAANNYA MENGENAI KEBERKESAN PRODUK,HASIL JUALAN KURANG MEMUASKAN DAN TIDAK ADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI.KADANG2 RISIKO NI KITA BOLEH ATASI JIKA KITA PANDAI MENGAWAL PERJALANAN PRODUK KITA .SEPERTI MENGETAHUI FLOW2 YANG DIPERLUKAN DALAM PENJUALAN ATAU PON PEMASARAN PRODUK.

5 benda basic yang patut elak letak di muka

5 Benda Yang Perlu Dielakkan Keatas Muka Anda

5 Benda Yang Perlu Dielakkan Keatas Muka Anda; Selalu kita baca tips-tips diy yang menggunakan bahan-bahan ni. Bahan-bahan nie memang senang nak jumpa dekat mana sebab dekat dapur tiap-tiap rumah mesti ada. Impossible takde! Hehe.

  1. Lemon – Kalau tgk tips diy kat youtube kata boleh gunakan air perahan lemon nie untuk hilangkan parut. Tapi tahukah anda, lemon nie sifat dia berasid and sangat tak sesuai untuk letak dekat kulit muka. Silap-silap muka boleh terbakar tau. So please elakkan!

2. Ubat gigi – Nak kecutkan jerawat senang je, gunakan ubat gigi. Confirm kecut kan! Tapi PH ubat gigi nie tinggi tau tak? Ubat gigi punya ingredient ada banyak yang buat kulit lagi pedih.

3. Bawang putih & Kulit kayu manis – Boleh akibatkan kulit irritation, terbakar & pedih sebab panas kot dua bahan nie nak letak dekat muka. Hurmmm.

4. Baking soda – Sape penah cuba soda bikarbonat + air, tips untuk scrub muka bagi bersih. Soda bikarbonat + lemon juice, untuk hilangkan blackhead. Fyi, soda bikarbonat punya pH sangat tak sesuai dengan kulit muka. Boleh buat kulit lagi kering. Sangat sangat kering. Boleh rosakkan barrier kulit. Lagi lama kita guna, lagi rosak.

 

SUMBER: IMAN ABDUL RAHIM

situs slot gacor

toto slot

slot gacor

Est. 2012

5 Jenis Vitamin Yang Anda Perlu Ada Dalam Skincare

Adakah anda benar-benar tahu apa vitamin yang bagus untuk kulit anda di dalam set penjagaan wajah anda hari-hari? Berikut ialah 5 Jenis Vitamin Yang Anda Perlu Ada Dalam Skincare

Retinol adalah salah satu bahan terbaik untuk anti penuaan. Ia mampu untuk mengurangkan kedut dan menganjalkan kulit. Bagaimanapun, ada kekurangan untuk bahan nie di mana ia sensitif pada cahaya matahari. Sekiranya anda #mengandung atau #breastfeeding, bagus untuk anda elakkan retinol dalam set penjagaan kulit anda ye.

Fungsi utama #niacinamide adalah untuk pencerahan dan dalam masa yang sama untuk fungsi melawan #jerawat. Selain daripada itu, ia juga boleh mengurangkan pores yang ada di wajah. Nak kecikkan tak boleh tau, hehe.

Vitamin B5 merupakan anggota keluarga kepada vitamin b kompleks (pantothenic acid). Panthenol adalah salah satu bahan terbaik yang ada di dalam set penjagaan wajah. Sangat bagus untuk fungsi melembapkan kulit wajah sebab kekuatan untuk menarik air ke dalam kulit muka sangat tinggi.

Antara bahan yang strong untuk pencerahan, reduce pigmentation, nak bagi kulit lebih glowing, anti penuaan dan nak firmkan kulit.

Kebaikan vitamin e untuk kulit antaranya untuk meremajakan kulit, sangat efektif untuk mencerahkan kulit wajah. Selain daripada itu, #vitamine juga sangat baik untuk melembapkan kulit wajah

Okay ini adalah 5 vitamin yang terbaik untuk kulit, jangan lupa cek #skincare yang anda ada ye.

#skincare #kilangoem #produkjenamasendiri #kilangoemmalaysia #kilangoemmakanan #produkmurah #produkhilangkanjerawat #mohabiotech #produkbrandsendiri #kosmetikbrandsendiri #jenamasendirimurah #jenamasendirimoqrendah #jenamasendirikosmetik

situs slot gacor

toto slot

slot gacor

manfaat-mujarab-arang-aktif-untuk-kesehatan

Manfaat Serbuk Arang

Kecantikan kulit dan kesihatan diri sering kali bermula dari penjagaan harian yang konsisten dan penggunaan bahan semula jadi. Salah satu bahan tradisional yang semakin mendapat tempat dalam dunia kecantikan moden adalah serbuk arang aktif. Dikenali dengan sifat detoksifikasi yang kuat, arang aktif bukan sahaja digunakan dalam bidang perubatan, malah kini menjadi pilihan utama dalam penjagaan wajah dan gigi. Menariknya, ia boleh digunakan secara mudah di rumah dan sangat menjimatkan. Jom ketahui lebih lanjut tentang pelbagai manfaat serbuk arang untuk penjagaan diri!


1. Memudarkan bekas jerawat

    Serbuk arang adalah baik untuk memudarkan bekas jerawat serta jerawat yang tumbuh pada wajah anda. Untuk anda yang inginkan cara yang mudah dan tidak menggunakan kos yang tinggi, anda boleh cuba membuat masker arang sediri seperti membuat campuran arang dan air mawar ataupun air biasa dan seterusnya oleskan pada wajah anda. Setelah itu, bilas dengan air suam.

    2. Menutup pori-pori yang terbuka

      Setiap orang tidak inginkan pori-pori besar terbuka pada wajah mereka. Ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria dari kosmetik menumpuk di kulit yang akan menyebabkan iritasi atau jerawat tumbuh. Jadi, gunakan serbuk arang sebagai masker kerana ia dapat mengecilkan pori-pori serta membersikan kotoran yang menumpuk di pori-pori yang terbuka.

      3. Menyeimbangkan minyak di wajah

        Untuk anda yang mempunyai jenis kulit berminyak sesuai menggunakan skincare daripada bahan serbuk arang, ini kerana serbuk arang dapat mengurangkan minyak pada wajah anda dan dapat melembapkan wajah anda seperti kulit normal.

        4. Mengatasi kulit kusam

          Polusi udara sepert asap kendaraan bermotor, debu jalanan, radiasi sinar ultraviolet dan asap rokok membuat kulit wajah terlihat kusam. Tetapi, dengan serbuk arang, kotoran tersebut boleh dibuang dengan sempurna. Anda boleh membuat masker sendiri di rumah dengan hanya menggunakan serbuk arang sahaja tau.

          5. Memutihkan gigi

            Gigi Anda akan menguning jika Anda merokok dan sering mengamalkan kopi, teh, atau minuman beralkohol. Arang aktif mampu mengembalikan warna gigi yang cerah sekaligus menjaga kesihatan mulut. Zat ini berfungsi untuk menyeimbangkan kadar keasaman dalam mulut, mencegah gigi berlubang,  bau mulut, dan meredakan penyakit gusi. Basahkan berus gigi anda dan oleskan pada bubuk arang aktif. Gosok gigi anda seperti biasa, terutama pada bahagian yang menguning . Kumur sampai bersih dan pastikan anda minum air secukupnya.


            Penggunaan serbuk arang sebagai bahan penjagaan diri bukan sahaja praktikal dan menjimatkan, malah terbukti berkesan dalam membantu pelbagai masalah kulit dan mulut seperti jerawat, pori terbuka, kulit berminyak, kulit kusam dan gigi menguning. Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi ini secara konsisten dan dengan kaedah yang betul, anda boleh menikmati kulit yang lebih sihat dan senyuman yang lebih berseri. Namun begitu, pastikan anda melakukan ujian alergi terlebih dahulu dan tidak menggunakannya secara berlebihan untuk mengelakkan iritasi. Cantik dan sihat tidak semestinya mahal kadangkala, solusinya ada di rumah anda sendiri!

            situs slot gacor

            toto slot

            fieldimagediy-sugar-body-scrubs-1

            Skrub Yang Berkesan Tanpa Kos

            Skrub Yang Berkesan Tanpa Kos; Ramai yang ingat penjagaan kulit memerlukan belanja besar, terutama bila melibatkan produk skrub. Hakikatnya, anda boleh mendapatkan hasil yang sama berkesan tanpa perlu berbelanja pun! Dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mudah didapati di rumah seperti gula, madu, atau kopi, anda boleh hasilkan skrub DIY yang bukan sahaja menjimatkan, malah lebih selamat kerana bebas bahan kimia. Kulit terasa lebih halus, bersih dan segar — tanpa kos tambahan!


            SKRUB KOPI

            Antaran kelebihan kopi ialah

            • mampu melembutkan kulit yang dengan menggantikan sel- sel kulit mati apabila di skrub selalu.
            • kopi juga boleh menghilangkan kesan gelap bawah mata bagi yang memiliki mata panda
            • kopi boleh mencerahkan dan menegangkan kulit kita secara semulajadi.
            • selain itu apabila di lumur di rambut akan membuatkan rambut lebih kuat dan bersinar

            Cara cara membuat skrub kopi

            1. Ambil 5 sudu kopi( anda boleh menggunakan biji kopi dan tumbuk sendiri juga)
            2. Tambahkan 3 sudu minyak zaitun
            3. Gaul dengan sebati. Dan sedia untuk di gunakan
            4. Anda boleh skrub pada badan dan muka sekali..Bersihkan badan dan sapu secara rata pada badan selama 15 minit.
            5. Biarkan sebentar dan boleh di bilas seperti biasa

            SKRUB BERAS

            Kelebihan skrub beras

            • mampu mencerahkan kulit seluruh badan
            • menanggalkan kulit kusam dan lebih glowing
            • kulit selembut bayi selepas di scrub

            Cara penyediaan dan penggunaan skrub beras

            skrub beras dan madu

            1. Ambil segenggam beras dan kisar sehingga mendapat tekstur yang sangat halus (boleh pakai apa- apa beras).Kalau nak kisar banyak terus pon boleh lepas tu simpan.Bila nak guna boleh ambil sesudu ke.
            2. Tambah kan dengan sesudu madu.
            3. Bersihkan diri sebelum berskrub.Daki lebih mudah tanggal dalam keadaan badan lembab sedikit.
            4. Boleh terus skrub badan sental bahagian yang gelap contohnya belakang leher, kepala lutut,celah peha atau ketiak.

            scrub beras dan lemon

            1. Ambil 3 sudu beras yang telah di kisar.
            2. Hiris lemon 2 atau 3 hirisan.
            3. Skrub di bahagian yang gelap contohnya belakang leher, kepala lutut,celah peha atau ketiak.

            SKRUB BIBIR

            Kelebihan skrub bibir

            • Mencerahkan bibir yang gelap
            • Membuang sel- sel kulit mati
            • Membuatkan bibir lebih lembut dan tak merekah

            Cara penyediaan dan penggunaan skrub bibir

            1. Ambil 5 sudu gula( boleh guna gula kasar atau gula perang).
            2. 2 sudu minyak zaitun di campur dengan 2 sudu madu.
            3. Gaul sebati.Boleh tambah bahan pewarna merah untuk nampak kesan pink.
            4. Bersihkan bibir dengan air biasa. Skrub dengan lembut pada bibir.
            5. Biarkan dalam masa 15 minit. Boleh bersihkan bibir dengan wipe tissue dan lihat kesannya.

             

            situs slot gacor

            toto slot

            primer

            Pemilihan Primer Mengikut Jenis Kulit

            Pemilihan Primer Mengikut Jenis Kulit; Jika disamakan, primer adalah seperti kanvas bersih (kosong) yang membentuk asas kerja lukisan. Sebelum bersolek, asa utama yang betul akan menentukan hasil akhir solekn yang sempurna. Pemilihan warna primer yang kemudiannya diterapkan pada wajah akan berpigmen dan dapat menyamarkan tekstur kulit yang kurang lancar.

            Di samping itu, primer juga melindungi kulit, mengekalkan kandungan kosmetik daripada diserap ke dalam liang kulit. Kerana ia adalah salutan utama yang datang dengan sentuhan langsung dengan kulit. Pastikan kandungannya sesuai dengan jenis dan keperluan kulit untuk mendapatkan solek muka maksimum.

            Primer Untuk Kulit Normal

            Anda yang mempunyai jenis kulit normal boleh mencuba pelbagai pilihan utama. Sekiranya anda mahukan solekan muka tanpa cela, anda boleh menggunakan produk primer yang lembut untuk wajah bebas berkilat. Pencahayaan utama juga boleh digunakan jika anda mahukan kesan mendalam pada kulit. Pemilik jenis kulit normal cenderung tidak mempunyai liang besar, jadi anda tidak memerlukan primer yang meminimumkan pori. Walau demikian, jangan lupa untuk melindungi kulit daripada pendedahan UV semasa masih memilih primer yang mengandungi SPF.

            Primer Untuk Kulit Berminyak

            Sekiranya anda mempunyai jenis kulit berminyak, ‘Mattifying Primer’ adalah jenis primer yang sesuai untuk anda. Kandungan di dalamnya dapat meminimumkan minyak di permukaan kulit wajah, sehingga penampilan kilau yang dapat memberikan kesan buruk dapat dicegah. Di samping itu, pemilik jenis kulit berminyak umumnya mempunyai liang pori yang lebih besar.

            Anda dapat mengatasi masalah ini dengan menggunakan primer yang meminimumkan pori yang dapat mengecilkan liang dengan serta-merta. Juga pastikan anda memilih produk utama yang mengandungi formula anti-jerawat untuk mengelakkan bertambahny jerawat yang selalunya dialami oleh pemilik kulit berminyak.

            Primer Untuk Kulit Kering

            Memilih produk primer untuk kulit kering memang agak rumit. Sudah tentu, formula yang tidak elok tidak disyorkan kerana ia hanya akan memburukkan lagi tekstur kulit anda. Sebaliknya, kandungan berkilau yang terkandung dalam pencahayaan utama juga akan menguatkan kulit mengelupas. Oleh itu, apa jenis primer yang anda pilih, pastikan ia mempunyai pelembap yang tinggi supaya ia dapat melembapkan kulit selama sehari penuh.

            Primer Untuk Kulit Kombinasi

            Rasa jenis kulit biasa, tetapi cenderung menjadi berminyak di kawasan dahi dan hidung ? Bermakna anda mempunyai kulit kombinasi. Anda boleh menggunakan formula ‘Mattifying Primer’ mahupun ‘Iluminating Primer’, tetapi aplikasikan keduanya hanya pada kawasan yang diperlukan. Sekiranya ia terasa menyusahkan, cuba gunakan ‘Mattifying Primer’ dan kemudian terus menggunakan asas krim BB/CC untuk mengelakkan solekan yang terlalu tebal dan kaku.

            Primer Untuk Kulit Yang Telah Mengalami Penuaan

            Jangan bimbang tentang tanda-tanda penuaan pramatang. Anda boleh ‘menyamar’ dengan menggunakan primer. Satu produk ini boleh mempunyai kesan ‘kabur’ pada kedut dan juga memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata. Pilih formula utama yang mengandungi suncreen dan antioksidan yang memberikan manfaat yang baik untuk kulit. Dengan aplikasi yang betul, primer boleh memberi gambaran wajah yang lebih tegar dan penampilan muda.

            Primer Untuk Kulit Sensitif

            Sebagaimana yang dinyatakan di atas, fungsi primer untuk melapisi kulit dari kosmetik dan sisa asing lain. Walaupun ia baik untuk digunakan, pastikan jika primer yang anda gunakan mempunyai formula bebas wangian yang tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit yang kemerahan dan mudah iritasi harus menggunakan primer berwarna hijau yang dapat meneutralkan kemerahan pada wajah tanpa perlu menggunakan bedak yang terlalu tebal.

            situs slot gacor

            toto slot

            Save the Date (1)

            Sleeping Mask vs Sheet Mask

            Sleeping Mask vs Sheet Mask; Dalam dunia penjagaan kulit yang semakin berkembang, pelbagai jenis produk kecantikan telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Antara produk yang semakin mendapat tempat dalam rutin penjagaan wajah ialah sleeping mask dan sheet mask. Kedua-duanya menjanjikan kulit yang lebih sihat, lembap, dan berseri, namun berbeza dari segi fungsi, cara penggunaan, serta hasil yang diberikan. Dalam artikel ini, kita akan membandingkan sleeping mask dan sheet mask untuk membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat mengikut keperluan kulit dan gaya hidup anda.


            Function sleeping mask or night cream ni lebih kurang sama je. Extra moisturizing waktu tidur. Bila bangun, terus kulit yang lembut and lembap.

            Cara nak pakai sleeping mask?

            Apply thin layer dekat muka, then tidur! Haha tu je. Tak perlu bilas lepas pakai.

            Siapa sesuai pakai sleeping mask?

            All skin types.

            Bila nak pakai sleeping mask?

            The final step selepas moisturizer. Pakai je, and terus tidur. Tak perlu bilas ye. Boleh pakai setiap hari kalau nak.



            Cara nak pakai sheet mask

            Just keluarkan sheet mask daripada pakaging dia, and apply dekat muka. Ada certain sheet mask ni dia letak plastik, so remove plastik tu dulu, baru letak dekat muka. Pakai 10-15 minutes je atau berdasarkan arahan dia. Jangan pakai sampai dia kering. Tak elok.

            Siapa sesuai pakai sheet mask?

            All skin types. Pilih je nak yang mana, ada for soothing, moisturizing, nourishing, anti-aging. Semua ada.

            Bila nak pakai sheet mask?

            Lepas cuci muka, pakai toner, boleh apply sheet mask ni. Kalau ada essence dia yang lebih lebih tu, boleh sapu dekat leher, siku, tumit. Boleh pakai setiap hari.

            Kena bilas ke sheet mask lepas pakai?

            NO. Lepas dah 10-15 minutes pakai, just lap lap essence lebih lebih tu, make sure semua dah absorb. Bila agak agak muka dah nak kering (lembap gitu), terus apply moisturizer. Done. Kalau on budget, pakai sheet mask je, tak payah beli essence la serum la semua tu 🙂

            Credit: https://www.imanabdulrahim.com

            6 TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN

            Tips Untuk Kurus

             Menurunkan berat badan bukan sahaja untuk kelihatan menarik, tetapi juga penting untuk kesihatan. Dengan gaya hidup moden yang sering kurang aktif dan dipenuhi makanan tinggi kalori, semakin ramai yang mencari cara untuk kekal kurus dan sihat. Artikel ini akan berkongsi beberapa tips mudah dan praktikal yang boleh membantu anda mencapai berat badan ideal secara selamat dan berkesan.


            1. Setkan Minda Untuk Kurus

              Peribahasa “angan-angan taik ayam” biasa akan digunakan bagi orang yang buat satu kerja separuh jalan. Jadi, kalau anda dah memang nak kurus, teruskan usaha anda sehingga capai target berat yang anda nak. Jika sekarang juga anda nak kurus, set minda dan lakukan apa yang sepatutnya. Bukan tangguh hasrat anda tu. Biasanya makanan dah depan mata, mulalah kata esoklah atau minggu depanlah baru nak diet. Lebih baik letak matlamat anda untuk kekal sihat selamanya.

               

               

              2. Belajar Tentang Kalori

                Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu. Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

                Ramai orang tak sedar, buat-buat tak sedar atau tak tahu langsung tentang kalori ni. Kalori boleh buat badan kita bertambah atau membesar & boleh juga kurangkan berat badan kita macam yang kita selalu impikan..

                • Tenaga & pertambahan berat: Ramai orang bertambah berat badan sebab makan lebih dari apa yang badan mereka perlukan & bekalkan terlalu banyak tenaga ke dalam sistem badan mereka. Makanan & tenaga yang lebih ni la bila simpan lama-lama akan tambahkan berat badan kita.
                • Tenaga & pengurangan berat: Anda boleh kurangkan berat badan dengan mengurangkan makanan & tenaga yang kita perlukan. So sistem badan kita akan gunakan lemak-lemak berlebihan dari zaman dulu-dulu tu dalam aktiviti harian kita.

                 

                 

                3. Makan Dalam Kuantiti Yang Lebih Kecil

                  Jangan makan banyak sekali hadap ya! makan dalam kuantiti yang sedikit tapi berulang kali. Seeloknya, anda bawak bekalan seperti biskut yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

                   

                   

                  4. Elakkan Makan Waktu Malam

                    Nama pun “makan malam” kan. TETAPI, bukan maknanya anda makan pada waktu malam. Waktu yang sesuai untuk anda makan adalah jam 6 petang sehingga jam 7 petang. Elakkan makan selepas waktu tersebut kerana boleh membuatkan lemak tepu. Tahukah anda? makanan di dalam badan kita di proses dalam 4- 5 jam selepas kita makan. Cuba anda fikir, jika anda makan pada jam 9 malam, pukul berapa makanan di proses? Haa takutkan.

                     

                     

                    5. Banyakkan Makan Buah-Buahan

                      Terdapat banyak buah-buahan yang ada di jual di Malaysia. Setiap jenis buah mempunyai khasiat tersendiri. Jadi, ini adalah satu makanan yang boleh anda jadikan sebagai snek setiap hari. Amalkan makan buah-buahan tempatan ini kerana boleh dijadikan pengganti coklat atau jajan yang selama ini anda makan. Bukan itu sahaja, buah-buahan juga diperkaya dengan vitamin dan anti-oksidan untuk badan anda supaya kekal sihat sentiasa.

                       

                      6. Banyakkan Minum Air Masak (Bukan Air Bergula)

                        Badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Jika ingin keluar, nasihat saya bawa lah air masak supaya anda tidak terjebat untuk membeli air manis semasa di luar.

                        Selain itu, Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

                        5_ALASAN_ORANG_GAGAL-01

                        5 Alasan Orang Gagal Selalu Beri

                        “THE BIGGEST MISTAKE A SMALL BUSINESS CAN MAKE IS TO THINK LIKE A SMALL BUSNINESS”. Tak semua orang yang ada minat untuk berniaga dan boleh berjaya sehingga mejadikan perniagaan tu menjadi perniagaan keluarga boleh di turun temurun sehingga genereasi seterusnya. Dalam islam sendiri mengatakan 99 rezeki adalah datang dari perniagaan. Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti pasti kan diri anda dari awal telah buang sikap negatif ni dahulu. Ini adalah 5 Alasan Orang Gagal Selalu Beri:


                        1. Seharusnya produk bukan punca anda gagal dalam perniagaan. Adakah anda menjadikan perniagaan ni sebagai bidang terjun anda? Jika ya, anda perlu lebih berusaha lebih keras lagi untuk permulaan perniagaan anda. Anda perlu betul betul tahu mengenai produk supaya setiap apa jua yang bakal di soal selepas ini oleh sesiapa pun anda dapat jawab dengan logik, betul dan tepat. Anda perlu betul-betul kenal produk anda punya kelebihan dan kekurangannya supaya anda confident untuk menjual.

                          Anda harus lebih kretif dalam memperkenalkan produk anda contoh nya

                          • Katalog Produk Anda
                          • Feedback Dari Pelanggan
                          • Pengalaman Anda Pakai Sendiri
                          • Rekod Jualan
                          • Kelebihan Yang Tiada Pada Pesaing

                          2. Seorang usahwan perlu berani menanggung risiko. Anda perlu ada ilmu dalam bidang pemasaran. Sediakan planning marketing produk anda mengikut bajet yang anda ingin laburkan. Jika anda mempunyai modal yang terhad mulakan dengan platform menggunakan zero marketing. Ubah strategi pemasaran sekiranya planning kos anda meningkat. Sediakan plan B sebagai backup plan.

                            Antara free marketing yang anda boleh gunakan

                            • Mouth to Mouth
                            • Facebook
                            • Twitter
                            • Marketplace
                            • Youtube
                            • Blog

                            3. Lumlah perniagaan memang akan ada pesaing dalam perniagaan. Pesaing ialah pesaing yang menjalankan perniagaan yang sama untuk memenuhi kemahuan pengguna. Pernahkan anda membuat analisis persaing anda? Apa yang perlu di ambil kira dalam menganalisis pesaing anda ialah mengambil kira kekuatan dan kelemahan. Buat strategi baru untuk memenuhi kekurangan yang ada pada pesaing. Sekiranya anda dapat menjadikan kekurangan pesaing sebagai kelebihan anda pasti anda akan merasakan persaingan itu adalah persaingan yang baik.

                              Buat SWOT ANALYSIS mengenai:

                              • Strengths
                              • Weaknesses
                              • Opportunities
                              • Threats

                              4. Perniagaan maksud umum pengiklanan, mempromosi atau membuat jualan. Pemasaran merupakan falsafah perniagaan. Pemasaran yang menghidupkan sesuatu brand atau produk. Bagaimana produk boleh terjual sekiranya tiada sebarang info untuk pelanggan untuk membeli? Lakukan pemasaran supaya pelanggan percaya untuk membeli produk kita.

                                Lakukan 5P dalam pemasaran anda iaitu:

                                • Place
                                • Product
                                • Price
                                • Promotion
                                • People

                                5. Salah pilih perniagaan adalah alasan yang tak boleh di terima sebenarnya. Tiada perkara yang mudah dalam dunia ni,semuanya perlukan usaha. Sekiranya anda menjadikan ia alasan mesti anda seorang yang hanya ingin cuba-cuba dalam bidang ni.

                                  Jangan bazirkan wang dengan sesuatu yang merugikan. Pastikan anda bersedia terlebih dahulu sebelum mulakan bisnes. Kaji tentang produk anda, pemasaran, pesaing, pembeli, margain keuntungan dan lain-lain.


                                  Semoga menjadi manfaat untuk anda yang dalam bidang perniaggan atau baru ingin mulakan perniagaan. Tetapkan pendirian anda untuk mempunyai perniagaan yang berjaya suatu hari nanti. Buang alasan-alasan ini dalam kehidupan anda. Kunci kejayaan adalah di tangan anda bukan pada orang lain.

                                  20170714122856-shutterstock_486713719_cropped_1584x780

                                  6 Acid Yang Anda Bakal Jumpa Dalam Produk Skin Care

                                  Acid atau asam memang biasa digunakan dalam produk skincare. Ada berbagai macam acid dengan manfaat yang baik untuk kulit. Sebelum membeli dan memakai produk skincare, ada baiknya untuk mengetahui kandungan apa yang ada di dalam produk tersebut, termasuk tahu fungsi acid apa yang ada di dalamnya. Berikut ialah 6 Acid Yang Anda Bakal Jumpa Dalam Produk Skin Care;


                                  1. HYALURONIC ACID
                                  Hyaluronic Acid (HA) atau asid hyaluronik sebenarnya bertindak sebagai bahan semula jadi dalam menghidrat dan melembapkan kulit. Kandungan ini juga boleh melegakan keradangan dan berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas. HA dapat mengekalkan kelembapan kulit lebih lama supaya kulit bebas dari dehidrasi. Oleh itu, jika anda mempunyai penghidratan yang mencukupi, kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain boleh hilang.

                                  2. LACTIC ACID
                                  Sering mengambil susu, buah atau sayuran? Rupa-rupanya terdapat kandungan asid laktik, anda tahu. Nah, jika susu, buah-buahan dan sayur-sayuran memainkan peranan dalam tubuh anda, manakala dari luar tubuh, produk dengan kandungan ini dapat menghasilkan kulit yang lembut dan tidak merengsa. Asid laktik juga boleh meringankan kulit. Dan bagi pemilik kulit sensitif, kandungan ini selamat untuk digunakan.

                                  3. GLYCOLIC ACID
                                  Tidak jauh berbeza dari dua kandungan asid sebelumnya, asid glikolik juga diketahui berkesan dalam memerangi tanda-tanda penuaan kerana ia dapat mempercepat penggantian sel-sel kulit berkat kesan pengelupasan yang dapat mengangkat sel-sel kulit mati. Kandungan ini juga berguna untuk mencerahkan kulit kerana ia boleh menghilangkan bintik-bintik di muka. Jadi, jika anda ingin menggunakannya setiap hari, pilih produk dengan kandungan asid glycolic 6-12 peratus di dalamnya. Tahap ini memberikan faedah yang lebih baik tanpa mengambil risiko kulit anda.

                                  4. SALICYLIC ACID
                                  Jika asid ini pasti tidak asing kepada mereka yang telah menggunakan penjagaan kulit untuk membasmi jerat. Ya, asid salisilik adalah salah satu bahan yang berkesan untuk menghilangkan parut dan mengatasi jerawat! Kenapa asid salisilik ini berkesan? Biasanya jerawat timbul daripada kandungan minyak yang berlebihan pada muka bercampur dengan kotoran supaya ia menyusun dan menyumbat liang-liang. Keadaan ini mencetuskan perkembangan bakteria yang menyebabkan jerawat yang bersarang di kulit. Asid salisilik adalah kandungan yang mampu berfungsi untuk membersihkan kulit ke liang-liang dan melawan bakteria yang menyebabkan jerawat.

                                  5. RETINOIC ACID
                                  Asid retinoik atau tretinoin adalah terbitan vitamin A yang biasa digunakan untuk melawan tanda-tanda penuaan pramatang. Cara kerja kandungan ini adalah dengan mencetuskan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan memperkuat lapisan dalaman kulit. Hyperpigmentation kulit boleh disamarkan dengan produk yang mengandungi asid retinoik. Terdapat satu perkara yang perlu anda ingat ketika menggunakan produk dengan kandungan ini, yang biasanya di beberapa wanita pada awal beberapa hari kulit akan mengupas dan mungkin juga sedikit merah. Tetapi ia semulajadi kerana kandungannya berfungsi untuk pertumbuhan semula kulit: Menggalakkan sel-sel kulit mati untuk keluar dan mencetuskan pertumbuhan sel-sel kulit baru.

                                  6. MYRISTIC ACID
                                  Mungkin satu kandungan asid ini masih terdengar aneh di telinga anda. Asid myristic atau asid tetradecanoic sering dijumpai dalam pala, minyak sawit dan minyak kelapa. Dalam industri kecantikan sendiri, ramuan ini memainkan peranan penting ketika membersihkan wajah, dan berkesan menyerap minyak dan kotoran yang berlebihan pada kulit. Walau bagaimanapun, juga memberi perhatian kepada tahap penggunaan supaya tidak menyebabkan kekeringan pada kulit.