Menjadi seorang usahwan yang berjaya bukanlah mudah untuk sampai ketahap itu..Pemasaran adalah benda penting selain perlu ada produk yang ingin di jual..Mungkin anda sudah lama dalam dunia perniagaan tetapi kerana jenama anda tidak begitu menonjol tiada ramai yang kenal akan nama jenama anda.Atau anda baru sahaja memulakan perniagaan dan anda nak jenama anda dikenali.Ada beberapa perkara yang boleh di lakukan untuk membantu anda menaikakan produk anda..
1.TAGLINE BRAND
Fikirkan satu tagline yang mudah diingati dan menunjukakn brand anda itu sendiri.Letak kan ia pada logo anda kalau boleh.Nampak ringkas tetapi benda ini boleh membuatkan brand anda di ingati untuk selamanya.Pilih slogan yang pendek tetapi mempunyai maksud.
2. BUAT CO- BRANDING
Oleh kerana brand anda baru sahaja nak dikenali anda boleh cuba tumpang branding jenama besar.Cara nya ialah ikut serta mana mana pameran yang mana nama jenama besar juga turut serta dalam acara itu.Contoh nya memberi sponsor semasa aktiviti amal, anugerah yang di siarkan di televisyen, drama Tv dan lain lain lagi..
Setidaknya jenama anda terpapar salah satua yang turut membantu acara tersebut.Perlu diingat juga membuat co branding dengan jenama yang sudah terkenal haruslah kena pada prospek anda juga.Supaya pelanggan mereka turut tertarik dengan produk anda.
3.BINA WEBSITE PERNIAGAAN
Ramai yang tidak tahu bahawa website sangat penting dalam perniagaan.Website adalah satu platform yang membuatkan jenama anda lebih dipercayai ramai.Ia menampakkan perniagaan anda bukan lah hanya bisnes biasa sahaja.
Jadikan webiste tempat anda memberitahu tentang company, produk atau boleh buat jualan terus dari webiste.Pastikan website anda mesra pengguna dan mempunyai pengisian yang menarik untuk di baca.Kongsi mengenai perniagaan atau tips di website.
4.SENTIASA AKTIF DI MEDIA SOSIAL
Sekiranya perniaganan anda B2C (business to consumer) anda harus ada platform media sosia.Antara media sosial yang boleh digunakan ialah Facebook,instagram,twitter,blog,telegram.Ia lebih mudah untuk anda yang terus menjual dengan konsumer.
Sebaiknya perlu ada min 3 akaun sosial media untuk penjualan.Pastikan anda post secara rutin min 2kali sehari untuk mendapat perhatian follower anda.
5.Membuat pemasaran online dan ofline mengikut bajet.
Iklan juga boleh membantu menaikan nama brand anda di kenali.Untuk permulaan mulakan iklan dengan bajet yang rendah.Pastikan anda menetapkan target yang sesuai untuk semasa iklan.Untuk memastikan anda tidak melakukan pembaziran di iklan cth nya di media sosial belajar serba sedikit cara membuat iklan.
Mengikut mana mana pameran yang besar seperti HALALFEST,MIHAS,JOM HEBOH juga memberi pendekatan menaikan brand anda.Pameran seperti ini memelurkan anda turun padang untuk membuang offline marketing.