6 TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN

TIPS UNTUK KURUS

 

 

  1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS

Peribahasa “angan-angan taik ayam” biasa akan digunakan bagi orang yang buat satu kerja separuh jalan je. Jadi, kalua anda dah memang nak kurus, teruskan usaha anda sehingga capai target berat yang anda nak. Jika sekarang juga anda nak kurus, set minda dan lakukan apa yang sepatutnya. Bukan tangguh hasrat anda tu.. biasanya makanan dah depan mata, mula lah kata esok la atau minggu depan la baru nak diet. Lebih baik letak matlamat anda untuk kekal sihat selamanya.

 

 

  1. BELAJAR TENTANG KALORI

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu. Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

Ramai orang tak sedar, buat-buat tak sedar atau tak tahu langsung tentang kalori ni.. Kalori boleh buat badan kita bertambah atau membesar & boleh juga kurangkan berat badan kita macam yang kita selalu impikan..

  • Tenaga & pertambahan berat : Ramai orang bertambah berat badan sebab makan lebih dari apa yang badan mereka perlukan & bekalkan terlalu banyak tenaga ke dalam sistem badan mereka. Makanan & tenaga yang lebih ni la bila simpan lama-lama akan tambahkan berat badan kita.
  • Tenaga & pengurangan berat : Anda boleh kurangkan berat badan dengan mengurangkan makanan & tenaga yang kita perlukan. So sistem badan kita akan gunakan lemak-lemak berlebihan dari zaman dulu-dulu tu dalam aktiviti harian kita.

 

 

  1. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Jangan makan banyak sekali hadap ya.. makan dalam kuantiti yang sedikit tapi berulang kali, ok. Seeloknya, anda bawak bekalan “biskut” yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

 

 

  1. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM

Nama pun “makan malam” kan. TETAPI, bukan maknanya anda makan pada waktu malam ya. Waktu yang sesuai untuk anda makan adalah jam 6 petang sehingga jam 7 ptg. Elakkan makan selepas waktu tersebut kerana boleh membuatkan lemak tepu. Tahukah anda ? makanan di dalam badan kita di proses dalam 4- 5 jam selepas kita makan. Cuba anda fikir, jika anda makan pada jam 9 malam.. pukul berapa  makan di proses? Haa takutkan ..

 

 

  1. BANYAKKAN MAKAN BUAH

Bnyak buah-buahan yang ada di jual di Malaysia. Setiap jenis buah mempunyai khasiat tersendiri. Jadi, ini adalah satu makanan yang boleh anda jadikan sebagai snek setiap hari. Amalkan makan buah-buahan tempatan ini kerana boleh dijadikan pengganti coklat atau jajan yang selama ini anda makan. Bukan itu sahaja, buah-buahan juga diperkaya dengan vitamin dan anti – oksidan untuk badan anda supaya kekal sihat sentiasa.

 

 

  1. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)

Badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Jika ingin keluar, nasihat saya bawa lah air masak supaya anda tidak terjebat untuk membeli air manis semasa di luar. hehe

selain itu, Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

Tags: No tags

Comments are closed.