fieldimagediy-sugar-body-scrubs-1

SKRUB YANG BERKESAN TANPA KELUARKAN KOS

SKRUB KOPI

Antaran kelebihan kopi ialah

  • mampu melembutkan kulit yang dengan menggantikan sel- sel kulit mati apabila di skrub selalu.
  • kopi juga boleh menghilangkan kesan gelap bawah mata bagi yang memiliki mata panda
  • kopi boleh mencerahkan dan menegangkan kulit kita secara semulajadi.
  • selain itu apabila di lumur di rambut akan membuatkan rambut lebih kuat dan bersinar

Cara cara membuat skrub kopi

  1. Ambil 5 sudu kopi( anda boleh menggunakan biji kopi dan tumbuk sendiri juga)
  2. Tambahkan 3 sudu minyak zaitun
  3. Gaul dengan sebati. Dan sedia untuk di gunakan
  4. Anda boleh skrub pada badan dan muka sekali..Bersihkan badan dan sapu secara rata pada badan selama 15 minit.
  5. Biarkan sebentar dan boleh di bilas seperti biasa

SKRUB BERAS

Kelebihan skrub beras

  • mampu mencerahkan kulit seluruh badan
  • menanggalkan kulit kusam dan lebih glowing
  • kulit selembut bayi selepas di scrub

Cara penyediaan dan penggunaan skrub beras

skrub beras dan madu

  1. Ambil segenggam beras dan kisar sehingga mendapat tekstur yang sangat halus (boleh pakai apa- apa beras).Kalau nak kisar banyak terus pon boleh lepas tu simpan.Bila nak guna boleh ambil sesudu ke.
  2. Tambah kan dengan sesudu madu.
  3. Bersihkan diri sebelum berskrub.Daki lebih mudah tanggal dalam keadaan badan lembab sedikit.
  4. Boleh terus skrub badan sental bahagian yang gelap contohnya belakang leher, kepala lutut,celah peha atau ketiak.

scrub beras dan lemon

  1. Ambil 3 sudu beras yang telah di kisar.
  2. Hiris lemon 2 atau 3 hirisan.
  3. Skrub di bahagian yang gelap contohnya belakang leher, kepala lutut,celah peha atau ketiak.

SKRUB BIBIR

Kelebihan skrub bibir

  • Mencerahkan bibir yang gelap
  • Membuang sel- sel kulit mati
  • Membuatkan bibir lebih lembut dan tak merekah

Cara penyediaan dan penggunaan skrub bibir

  1. Ambil 5 sudu gula( boleh guna gula kasar atau gula perang).
  2. 2 sudu minyak zaitun di campur dengan 2 sudu madu.
  3. Gaul sebati.Boleh tambah bahan pewarna merah untuk nampak kesan pink.
  4. Bersihkan bibir dengan air biasa. Skrub dengan lembut pada bibir.
  5. Biarkan dalam masa 15 minit. Boleh bersihkan bibir dengan wipe tissue dan lihat kesannya.

 

Tags: No tags

Comments are closed.