Produk penjagaan kulit (Skincare) daripada pengeluar lokal semakin mendapat perhatian ramai terutama daripada pengguna tegar produk skincare. Kini di Malaysia terdapat lebih ratusan jenama yang menawarkan produk skincare yang berkualiti tinggi setanding produk popular jenama antarabangsa. Disebabkan oleh permintaan produk Skincare yang semakin meningkat, pengeluar-pengeluar Skincare tempatan Malaysia semakin giat melakukan kajian bagi menaik tarafkan lagi kualiti formulasi selain dapat meningkatkan nilai produk jenama tempatan dalam pasaran setempat.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, produk skincare jenama tempatan semakin popular dan meningkat sehingga ada yang berjaya dibawa masuk kedalam butik-butik kecantikan bertaraf antarabangsa. Antara faktor yang dapat kita lihat membawa kepada kenaikkan nilai produk skincare tempatan ini adalah pertama;
Kejayaan Founder dan Pengilang dalam mencipta formulasi produk yang lebih serasi dengan jenis kulit dan cuaca di Malaysia. Hai ini seiring dengan teknologi informasi yang semakin berkembang pesat menjadikan penggemar skincare semakin cakna dalam menentukan jenis produk, bahan-bahan dan formulasi yang sesuai dengan jenis kulit mereka. Kesedaran ini membuka peluang kepada jenama skincare tempatan untuk mencipta formulasi produk yang lebih berkualiti sesuai dengan permintaan pengguna tempatan.
Selain itu, nilai kesedaran yang dipupuk oleh pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kepentingan pengunaan produk kecantikan yang selamat juga memain peranan penting dalam peningkatan nilai produk lokal. Sebagaimana yang diketahui umum, produk skincare yang dibawa masuk dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Kemboja amat popular sewaktu ketika dahulu kerana dapat memberikan kesan yang jelas dan cepat. Walaubagaimanapun, kebanyakkan produk ini mengandungi bahan terlarang seperi Mercury dan Hydroquinone yang boleh merbahayakan kesihatan pengguna. Melalui kesedaran tersebut, pengguna mula mencari produk yang selamat dan berkualiti seterusnya memberi peluang kepada pengeluar jenama skincare tempatan untuk menghasilkan produk yang selamat bagi memenuhi permintaan tersebut.
Akhir sekali, Pengeluar-pengeluar produk skincare tempatan sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan kualiti produk agar formulasi yang dihasilkan setanding dengan formulasi antarabangsa. Terdapatkan puluhan kilang yang berstatus GMP dengan pakar Cosmetic Chemist yang berpengalaman bersedia membantu Founder tempatan menghasilkan formulasi yang berkesan, berkualiti dan terjamin. Selain itu, kebanyakkan Founder skincare di Malaysia juga mempunyai latar belakang pengajian yang berhubung rapat dengan Cosmetic Chemist/Dermatologist bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.