1

3 Sebab Utama Kenapa Marketing Tidak Berjaya

Perkongsian dari Saudara Fahdi Ghazali.

Visual (gambar/video) adalah antara terpenting dalam marketing sebab gambar atau visual adalah perkara pertama yang akan dilihat pelanggan dan ia menjadi “penentu” mata mereka berhenti dari melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan atau tidak.

Cuba anda letakkan diri anda sendiri di tempat duduk pelanggan. Biasanya, kita sendiri, dalam masa beberapa saat selepas melihat gambar atau video, minda kita akan membuat keputusan samada mahu  teruskan membaca, membeli, bertanya lebih lanjut atau “skip” dan cari perkara lain. Setuju?

Ini adalah masalah ramai usahawan.

Saya ambil contoh mudah. Marketing tak semestinya buat terus jadi. Ada ramai usahawan perlu trial and error banyak kali untuk dapatkan marketing yang benar-benar solid dan boleh menarik ramai pelanggan untuk beli produk dan servis.

Cumanya, ramai usahawan yang buat pemasaran, bila iklan tak jadi terus give up  dan tak nak buat.

Marketing bukan isu buat atau tidak sahaja, ia juga merangkumi konsisten atau tidak.

Untuk sales, konsisten penting. Untuk branding, konsisten penting. Untuk bisnes kekal releven dan dikenali umum, konsisten adalah kunci.

Kenapa kita terlalu fokus untuk bayar, bayar dan bayar? Pernah atau tidak kita “fully utilise” platform yang free tetapi efektif untuk lajukan jualan produk dan servis?

Contohnya Facebook Live.

Ramai orang tahu, dunia sekarang orang suka perkara “real” atau “live”. Tanpa perlu copywriting, tak perlu bersusah payah mencari gambar atau hasilkan video setaraf hollywood, anda masih boleh berjaya untuk bisnes.

Apa channel pemasaran online yang bagus untuk digunakan tetapi menghasilkan kesan yang bagus untuk marketing produk dan servis?

  1. Facebook live
  2. Youtube Channel
  3. Youtube live
  4. Instagram profile
  5. Linkdin
  6. Blog (berbayar RM100 setahun atau jika anda mempunyai budget yang limited, guna sahaja blogspot).

Pokok pangkalnya adalah, untuk gunakan media percuma ini perlu ada seni.

“Marketing is a process”. Jangan terlalu nak cepat sehingga kita lupa frasa “Kelajuan membunuh”.

Credit: Fahdi Ghazali

GAMBAR_WEBSITE-08

5 Kesilapan Besar Founder Produk Yang Anda Perlu Elakkan

5 Kesilapan Besar Founder Produk Yang Anda Perlu Elakkan. Selalunya founder terlalu yakin yang mereka mampu menjual produk mereka sendiri tanpa memerlukan ilmu didada dahulu. Itu lah yang sering berlaku pada yang baru sahaja melonjak masuk ke bidang perniagaan ni. Nampak macam senang bila ada produk mesti tuju nak menjual di Facebook sendiri, sanak sedara dan rakan office dan mengharapkan mereka akan membeli dan marketing secara mouth to mouth berlaku. Ya, memang akan berlaku cara tu tapi berapa lama untuk kita tunggu sehingga produk kita dikenali ramai?

Adakah anda pernah rasa nak buat macam tu?

Nak tahu apa lagi kesilapan Founder produk bila produk dah ada depan mata?

1. Tiada Ilmu Marketing

Setiap apa jua yang kita nak jual perlu lah ada strategi pemasaran nya. Jika anda tidak besiap sedia dengan ilmu pemasaran terlebih dahulu sudah tentu nanti produk anda akan lambat terjual. Antara yang paling basic anda perlu tahu ialah:

  • Cara menulis content untuk menarik minat pelanggan mengikuti Facebook atau Instagram anda.
  • Gambar yang digunakan mestilah cantik, tersusun, menarik minat dan lain-lain.
  • Testimoni produk sama ada gambar, video dan lain-lain lagi sebagai trust pelanggan pada produk anda.

2. Terlalu Hard Sell

Antara kesilapan besar founder ialah terlalu hard sell semasa promote produk di platform marketing. Bahasa mudahnya, terlalu mempromosikan produk tanpa beritahu kelebihan atau keismtimewaan produk itu. Saya syorkan cuba selitkan unsur content yang berbentuk memberi ilmu tambahan atau tips lain yang boleh berkait juga dengan produk.

3. Tidak Konsisten

Ini lah yang ramai founder abaikan sebenarnya. Update pun jarang-jarang macam mana produk nak terjual dan menyakinkan pelanggan anda. Ada cara mudah yang anda boleh lakukan antaranya menyediakan jadual terlebih dahulu topik yang anda nak kongsikan untuk setiap hari mungkin untuk seminggu atau sebulan terus (ikut keselesaan anda). Dengan cara ni anda tak terkial-kial nak memikirkan apa yang nak di update setiap hari.

4. Tiada Follower

Kumpul kan follower media sosial sebanyak mungkin kerana ia boleh membantu mengurangkan kos marketing nanti. Jika anda membuka akaun baru carilah follower yang sesuai dengan target market produk anda.

5. Tidak Simpan Database

Pastikan anda merekod setiap database yang anda dapat. Antara yang perlu anda dapat dari pelanggan ialah nombor telefon dan email. Perkara ini adalah untuk perancangan jangka masa panjang anda.

Contoh nya anda nak membuat sales hujung tahun, untuk menghargai pelanggan yang dah membeli produk anda, anda akan memberitahu pada pelanggan sedia ada dahulu sebelum dibuka pada orang luar. Pelanggan akan rasa dihargai kerana mereka diberi keutamaan dahulu.

LOGO KOMUNIKASI

Cara Komunikasi Yang Berkesan

Cara Komunikasi yang Berkesan

Komunikasi bisnes adalah pertukaran gagasan dan informasi yang memiliki tujuan tertentu yang digunakan secara personal atau impersonal melalui simbol-simbol .

Komunikasi bisnes harus/ada melibatkan pertukaran informasi yang terus-menerus. Lebih banyak bisnes diperluas, lebih besar tekanannya pada bisnes tersebut untuk menemukan cara komunikasi yang lebih efektif – bersama para pekerja dan dengan dunia di luar. Dengan demikian, bisnes dan komunikasi berjalan seiringan dan penting antara satu sama lain.

Dalam komunikasi bisnes terdapat enam unsur iaitu:

• Memiliki tujuan, iaitu komunikasi bisnes harus memiliki tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya sejalan dengan tujuan organisasi.

• Pertukaran, dalam hal ini melibatkan paling tidak dua orang atau lebih iaitu penyampai dan penerima.

• Gagasan, informasi, instruksi merupakan isi dari pesan yang bentuknya beragam tergantung tujuan, situasi, dan keadaannya.

• Menggunakan saluran personal atau impersonal yang mungkin bersifat tatap muka(one to one), menggunakan media tertentu atau melalui media yang menjangkau jutaan orang secara bersamaan.

• Menggunakan simbol yang merupakan alat atau metode yang dapat difahami oleh penerima untuk menyampaikan pesan.

• Pencapaian tujuan organisasi: salah satu karakteristik yang membezakan organisasi atau lembaga formal dari informasi adalah adanya tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya oleh pengurus.