Bila nak mulakan bisnes 80% akan keluarkan soalan produk apa yang HOT sekarang ya nak jual…?Produk apa yang mudah nak jual ?Produk apa yang boleh saya buat supaya bertahan lama dalam bisnes?Bukan mudah untuk mulakan sesuatu perniagaan…70% yang meniru produk orang tak berjaya..mungkin produk anda sama tapi kesan dan cara marketing pasti akan ada pernbezaan..
Sesuatu produk boleh bertahan lama adalah disebabkan oleh marketing yang berterusan atau berpanjangan.Maketing tak boleh behenti begitu sahaja jika anda nak produk anda bertahan lama.Marketing juga perlu la mengikut peredaran masa kini..
Macam mana nak pastikan produk kita di kenali dan bertahan lama dalam industri perniagaan ini dalam masa setahun sahaja?
Tips untuk brand mudah di kenali dan diingati.
1.Nama produk unik
Fikirkan satu nama yang memang awesome untuk produk atau brand anda.Nama yang pelik lagi senang di ingati orang sebenarnya.Biar ringkas tapi mudah di sebut dan di ingati.Anda juga boleh membuat tagline.Mungkin anda boleh buat 1 video yang unik berkenaan produk anda.Atau lagu bagi tagline produk anda.Tak semestinya nama sahaja unik selain dari itu pon yang unik kita boleh highlight pada produk anda.
2.Jaga pelanggan sedia ada
Jangan terlalu sibuk mencari databased baru.Berikan sesuatu yang menarik untuk pelanggan yang dah membeli dengan kita contohnya member kad, berikan diskaun berbeza dari pelanggan yang baru.Inform pada database mengenai promo yang bakal dilancarkan dahulu.Perlu di ingat,pelanggan yang dah membeli dengan anda berpotensi tinggi untuk membeli semula jika ditawarkan sesuatu yang menarik hati mereka.
Semoga ia boleh digunakan memberi manfaat untuk digunakan ya!
Saya akan berkongsi dengan lebih detail semasa The Next Founder Finale nanti.