Selalunya fonder terlalu yakin yang mereka mampu menjual produk mereka sendiri tanpa memerlukan ilmu didada dahulu.Itu lah yang sering berlaku pada yang baru sahaja melonjak masuk ke bidang perniagaan ni.Nampak macam senang bila ada produk mesti tuju nak menjual di facebook sendiri, sanak sedara dan rakan office dan mengharapkan mereka akan membeli dan marketing secara mouth to mouth berlaku.Ya..memang akan berlaku cara tu tapi berapa lama untuk kita tunggu sehingga produk kita dikenali ramai?
Adakah anda pernah rasa nak buat macam tu?
Nak tahu apa lagi kesilapan Fonder produk bila produk dah ada depan mata?
1.TIADA ILMU MARKETING
Setiap apa jua yang kita nak jual perlu lah ada strategi pemasaran nya.Jika anda tidak besiap sedia dengan ilmu pemasaran terlebih dahulu sudah tentu nanti produk anda akan lambat terjual.Antara yang paling basic anda perlu tahu ialah
-Cara menulis content untuk menarik minat pelanggan mengikuti Facebook atau instagram anda.
-Gambar yang digunakan mestilah cantik,tersusun,menarik minat dan lain lain.
-Testimoni produk sama ada gambar,video dan lain lain lagi sebagai trust pelanggan pada produk anda.
2.TERLALU HARD SELL
Antara kesilapan besar fonder ialah terlalu hard sell semasa promote produk di platform marketing.Atau maksud lain terlalu mempromot produk tanpa beritahu kelebihan atau keismtimewaan produk itu.Saya syorkan cuba selitkan unsur content yang berbentuk memberi ilmu tambahan atau tips lain yang boleh berkait juga dengan produk.
3.TIDAK KONSISTEN
Ini lah yang ramai fonder abaikan sebenarnya.Update pon jarang jarang macam mana produk nak terjual dan meyakin kan pelanggan anda.Ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu
Sediakan jadual terlebih dahulu topik yang anda nak kongsikan untuk setiap hari mungkin untuk seminggu atau sebulan terus(ikut keselesaan anda) .Dengan cara ni anda tak terkial kial nak memikirkan apa yang nak di update setiap hari.
4.TIADA FOLLOWER
Kumpul kan follower media sosial sebanyak mungkin kerana ia boleh membantu mengurangkan kos marketing nanti.Jika anda membuka akaun baru carilah follower yang sesuai dengan target market produk anda.
5.TIDAK SIMPAN DATABASES
Pastikan anda merekod setiap databases yang anda dapat.Antara yang perlu anda dapat dari pelaggan ialah no tel dan email ini adalah untuk masa panjang anda.
Contoh nya anda nak membuat sales hujung tahun,untuk menghargai pelanggan yang dah membeli produk anda,anda akan memberitahu pada pelanggan sedia ada dahulu sebelum dibuka pada orang luar.Pelanggan akan rasa dihargai kerana mereka diberi keutamaan dahulu.