think business (3)

Tips Nak Sustain Perniagaan Yang Pasang Surut

Tips Nak Sustain Perniagaan Yang Pasang Surut; Setiap yang berusaha pasti akan berjaya. Ramai yang berniaga hanya sekerat jalan sahaja. Semasa ingin memulakan perniagaan dah bersemangat dan berkobar kobar dah tapi bila mula penjualan tiada baru berapa minggu tiada bertanya untuk beli terus jadi down tak buat dah. Tahu tahu je produk sorok dalam stor, sedekah kat orang. Kenapa jadi begitu?

Ada ke petua nak berjaya macam orang lain?


1. TANAMKAN TUJUAN DAN IMPIAN BERNIAGA

Dalam hidup ni semua orang ada target dia sendiri. Apa yang nak di capai dalam hidup ni, apa yang di inginkan dalam hidup ni. Impikan sesuatu yang besar supaya kita akan berusaha lebih keras untuk capai. Nampak macam cliche tapi sebenarnya dengan impian lah akan membakar lagi semangat kita untuk berjaya.

2. ILMU YANG CUKUP

Apa sahaja yang kita lakukan perlu dengan ilmu. Kalau tiada ilmu bagaimana kita nak jadi lain dari yang lain? Jadikan seorang usahawan yang berjaya kalau boleh yang berjaya depan mata anda sebagai mentor anda. Cuba dapatkan rahsia kejayaan dia berjaya dalam perniagaan ni. Tak semestinya kita perlu tiru bulat-bulat yang dilakukan tetapi jadikan itu sebagai pentunjuk jalan untuk kita. Jangan berniaga kerana tengok produk tu berjaya dan tiru sebijik. Yang ini tak kan kekal lama.

3. KONSISTEN WALAUPUN JUALAN PERLAHAN

Ramai yang gagal bukan sebab produk tak bagus, tapi sebab cepat sangat give up.
Konsistensi adalah senjata utama dalam bisnes. Jangan berhenti bila tiada hasil segera.
Teruskan berkongsi, buat content, improve produk dan belajar dari feedback pelanggan.

Ingat: Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

4. JAGA EMOSI DAN LINGKUNGAN DIRI

Bisnes naik turun itu normal. Tapi cara anda kawal emosi masa “down” sangat penting.
Jangan biar diri dikelilingi orang yang negatif atau suka memperlekehkan usaha anda.
Cari circle yang positif, support sistem, atau rakan niaga yang boleh sama-sama push dan motivate.


Semoga 4 tips ini boleh bantu anda lebih bersedia untuk hadapi pasang surut dalam dunia bisnes.

Nak berjaya memang tak mudah, tapi bukan mustahil.

Jangan berhenti. Terus belajar, terus buat, terus doa.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *