2

TIPS MEMILIH KILANG OEM YANG TERBAIK UNTUK PRODUK SKINCARE ANDA

Untuk mengeluarkan produk skincare yang berkualiti, amat penting untuk kita memilih kilang OEM yang terbaik. Berikut adalah beberapa TIPS untuk anda memilih kilang OEM yang terbaik:

1. KILANG YANG MEMPUNYAI PERAKUAN GMP

Mengikut perundangan Malaysia, pematuhan terhadap GMP merupakan salah satu syarat bagi permohonan pendaftaran produk dan permohonan lesen pengilang. Ia bagi memastikan bahawa produk yang dihasilkan dan dikilangkan secara konsisten dan kualiti terkawal serta sesuai dengan kegunaan yang diingini mengikut spesifikasi produk.

2. MEMILIH KILANG YANG ADA KELULUSAN KKM

Memilih kilang yang mempunyai kelulusan KKM adalah sangat penting untuk pengeluaran produk anda. Kilang yang mempunyai kelulusan KKM ini akan sentiasa diaudit untuk memeriksa setiap bahan yang digunakan dalam produk adalah selamat untuk dipakai dan bebas dari kandungan yang merbahaya seperti mercury, hydroquinone dan lain-lain. Jika anda memilih kilang yang tidak mempunyai kelulusan KKM, bagaimanakah anda yakin yang produk anda selamat?

3. KILANG YANG MEMPUNYAI KEPAKARAN KHUSUS

Di Moha Biotech, kami mempunyai team R&D (research & development) yang mempunyai kepakaran khusus untuk setiap produk yang dihasilkan. Contohnya, untuk team R&D bahagian skincare & kosmetik, mereka mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menghasilkan formulasi yang berkesan sesuai dengan kehendak pelanggan. Formulasi yang berkualiti dan berkesan amat penting untuk mendapatkan produk skincare yang berkualiti.

4. KILANG YANG MENAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN

Sebagai founder produk, anda perlu memilih kilang yang menawarkan harga yang berpatutan standing dengan formulasi produk anda. Ada kilang yang menawarkan harga murah tapi menghasilkan produk yang tidak berkualiti dan tak berkesan. Ada juga sesetengah kilang yang menghasilkan produk mahal tapi produk juga tidak berkualiti.

Oleh itu, sangatlah penting untuk mencari kilang OEM yang menawarkan harga standing dengan penghasilan produk.


Kesimpulannya, pelbagai sudut perlu diambil berat oleh founder untuk mencari kilang OEM yang terbaik untuk menghasilkan produk skincare yang berkualiti. Anda bukan sahaja perlu ambil rendah terhadap berapa modal yang perlu dikeluarkan, tetapi faktor pengilang, bahan yang digunakan serta kepakaran terhadap produk juga perlu dititik beratkan untuk mendapatkan produk yang berkualiti serta memberi kesan yang baik kepada pengguna produk anda.

Tags: No tags

Comments are closed.