PRODUK DAH ADA… TAPI TAK LAKU? PARAHH!!
Macam mana nak tingkatkan penjualan produk? Minggu lepas kita dah sembang macam mana nak buat produk. Tapi bila produk dah siap, masalah baru pulak timbul…
Macam mana nak tingkatkan penjualan produk?
(Maksudnya: macam mana nak bagi produk tu LARIS, orang BELI, dan jadi PERMINTAAN.)
Ini masalah yang sangat SERIUS.
Bayangkan dah keluarkan beribu-ribu unit stok, tapi tak laku…
Apa akan jadi?
-
Produk tak bergerak.
-
Duit tersangkut.
-
Stok expired.
-
Bisnes boleh lingkup.
Sebab tu, sebelum kita fikir nak buat duit juta-juta, kita kena faham satu ilmu penting:
ILMU MARKETING – Cara Nak LAKUKAN Produk
Ramai orang silap bila anggap marketing = sales. Dua benda ni berbeza.
Sales: Proses tutup jualan (bila orang dah nak beli).
Marketing: Proses buat orang KENAL, SUKA, dan PERCAYA dulu dengan produk kita.
Marketing ni ibarat macam nak pikat awek.
Takkan tiba-tiba nak kahwin? Mesti mula dengan:
-
Kenal dulu
-
Baru suka
-
Baru kahwin
-
Baru ada anak dan keluarga bahagia 🤭
Sama dengan pelanggan. Kalau dia TAK KENAL produk kita, macam mana dia nak BELI?
Jadi, Apa Kita Kena Buat?
Kena ada IDEA, KREATIVITI, dan KEBERANIAN untuk buat orang kenal dengan produk kita.
Marketing bukan sekadar:
-
Buat iklan
-
Edar flyers
-
Buka booth
-
Masuk TV
Marketing adalah tentang STRATEGI. Dan strategi bermula dengan satu langkah penting:
TANYA DIRI: “Melalui PLATFORM mana aku nak kenalkan produk ni?”
Contoh platform:
-
YouTube
-
Facebook
-
TikTok
-
IG
-
Booth event
-
Bagi sampel percuma
-
Influencer
-
Word of mouth
Kalau ada bajet, go for it. Tapi kalau takde bajet?
Gunakan cara ZERO COST marketing dulu – guna media sosial, content menarik, testimoni, viral idea.
KESIMPULANNYA:
Kalau nak produk laku:
✅ Buat orang KENAL dulu
✅ Baru datang MINAT
✅ Baru la terjadi SALES
✅ Baru boleh BERANGAN nak jadi JUTAWAN 😎
Faham ke faham ni? 😂
Jangan cuma pandai buat produk, tapi tak tahu cara nak MARKETKAN.
Let’s start LAKUKAN PRODUK dengan betul. 💪