1

RAHSIA MEMBINA JENAMA SKINCARE SENDIRI DENGAN BANTUAN KILANG OEM

Membina jenama skincare sendiri dengan bantuan kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) merupakan cara yang semakin popular di kalangan usahawan kerana ia menawarkan kemudahan dan penjimatan masa serta modal dalam memulakan perniagaan. Berikut adalah panduan ringkas mengenai bagaimana rahsia ini boleh membantu anda dalam merealisasikan impian memiliki jenama skincare sendiri:

1. KONSULTASI AWAL DENGAN KILANG UNTUK KENALPASTI KEPERLUAN PRODUK SKINCARE

  • Kenalpasti Pasaran Sasaran: Adakah anda ingin memfokuskan kepada remaja, dewasa, atau golongan berusia? Keperluan kulit setiap kumpulan adalah berbeza. Kenali masalah kulit yang ingin diselesaikan oleh produk anda.
  • Jenis Produk: Tentukan jenis produk yang ingin anda tawarkan, seperti pelembap, serum, pembersih wajah, atau produk perlindungan matahari.

2. PILIH KILANG OEM YANG BERPENGALAMAN

  • Buat Penyelidikan Kilang OEM: Pilih kilang yang mempunyai pengalaman dan reputasi baik. Baca ulasan pelanggan dan minta pandangan dari perniagaan yang pernah bekerjasama dengan mereka.
  • Pastikan Lesen dan Pensijilan: Pastikan kilang OEM anda mempunyai lesen yang sah dan menepati piawaian GMP (Good Manufacturing Practice) agar produk anda berkualiti tinggi dan selamat.
  • Rundingkan Kos dan MOQ (Minimum Order Quantity): Tentukan kos pembuatan serta minimum pesanan yang diperlukan, dan pastikan ia selari dengan bajet anda.

3. PENGHASILAN PRODUK DAN UJIAN KUALITI

  • Formulasi dan R&D: Bekerjasama dengan pasukan R&D di kilang OEM untuk membangunkan formulasi produk anda. Sesuaikan formula agar ia menepati keperluan pasaran sasaran.

4. PENGHASILAN PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN

  • Reka Bentuk Pembungkusan: Pembungkusan yang menarik mampu menarik minat pembeli. Bekerjasama dengan kilang atau pereka untuk menghasilkan rekaan yang elegan dan profesional.
  • Maklumat Label: Pastikan semua maklumat penting seperti ramuan, tarikh luput, cara penggunaan, dan amaran dicetak pada label untuk memenuhi peraturan.

Dengan bantuan kilang OEM, anda dapat fokus kepada penjenamaan dan pemasaran produk tanpa perlu menguruskan proses pembuatan yang rumit.

2

TIPS MEMILIH KILANG OEM YANG TERBAIK UNTUK PRODUK SKINCARE ANDA

Untuk mengeluarkan produk skincare yang berkualiti, amat penting untuk kita memilih kilang OEM yang terbaik. Berikut adalah beberapa TIPS untuk anda memilih kilang OEM yang terbaik:

1. KILANG YANG MEMPUNYAI PERAKUAN GMP

Mengikut perundangan Malaysia, pematuhan terhadap GMP merupakan salah satu syarat bagi permohonan pendaftaran produk dan permohonan lesen pengilang. Ia bagi memastikan bahawa produk yang dihasilkan dan dikilangkan secara konsisten dan kualiti terkawal serta sesuai dengan kegunaan yang diingini mengikut spesifikasi produk.

2. MEMILIH KILANG YANG ADA KELULUSAN KKM

Memilih kilang yang mempunyai kelulusan KKM adalah sangat penting untuk pengeluaran produk anda. Kilang yang mempunyai kelulusan KKM ini akan sentiasa diaudit untuk memeriksa setiap bahan yang digunakan dalam produk adalah selamat untuk dipakai dan bebas dari kandungan yang merbahaya seperti mercury, hydroquinone dan lain-lain. Jika anda memilih kilang yang tidak mempunyai kelulusan KKM, bagaimanakah anda yakin yang produk anda selamat?

3. KILANG YANG MEMPUNYAI KEPAKARAN KHUSUS

Di Moha Biotech, kami mempunyai team R&D (research & development) yang mempunyai kepakaran khusus untuk setiap produk yang dihasilkan. Contohnya, untuk team R&D bahagian skincare & kosmetik, mereka mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menghasilkan formulasi yang berkesan sesuai dengan kehendak pelanggan. Formulasi yang berkualiti dan berkesan amat penting untuk mendapatkan produk skincare yang berkualiti.

4. KILANG YANG MENAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN

Sebagai founder produk, anda perlu memilih kilang yang menawarkan harga yang berpatutan standing dengan formulasi produk anda. Ada kilang yang menawarkan harga murah tapi menghasilkan produk yang tidak berkualiti dan tak berkesan. Ada juga sesetengah kilang yang menghasilkan produk mahal tapi produk juga tidak berkualiti.

Oleh itu, sangatlah penting untuk mencari kilang OEM yang menawarkan harga standing dengan penghasilan produk.


Kesimpulannya, pelbagai sudut perlu diambil berat oleh founder untuk mencari kilang OEM yang terbaik untuk menghasilkan produk skincare yang berkualiti. Anda bukan sahaja perlu ambil rendah terhadap berapa modal yang perlu dikeluarkan, tetapi faktor pengilang, bahan yang digunakan serta kepakaran terhadap produk juga perlu dititik beratkan untuk mendapatkan produk yang berkualiti serta memberi kesan yang baik kepada pengguna produk anda.

2

KENAPA PILIH KILANG OEM DI MALAYSIA BUKAN OEM DI LUAR NEGARA? (PART 2)

Tahun ini telah masuk fasa terbaik untuk melihat lebih ramai usahawan yang telah berjaya dalam penggal pertama. Namun ada Ada juga masih tercari-cari  sumber dimana nak bt jenama. Jika anda masih mencari  Kilang OEM Malaysia yang menawarkan servis seperti bina produk kosmetik jenama sendiri, produk minuman jenama sendiri atau pun produk-produk yang ingin dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dengan harga kompetitif maka tidak salah alamat dan tempat untuk anda hasilkan jenama.

Ada 12 perkara yang perlu anda tahu kenapa pilih kilang di Malaysia berbanding luar negara.

7. KOMUNIKASI LEBIH EFISIEN DAN BEBAS DARI HALANGAN BAHASA

Berurusan dengan kilang OEM di Malaysia memudahkan komunikasi kerana tiada masalah bahasa atau perbezaan zon waktu yang ketara. Ini membantu dalam mengelakkan salah faham dalam spesifikasi produk atau perincian formulasi. Komunikasi yang lancar mempercepatkan proses pembangunan produk dan memastikan spesifikasi yang diingini dipenuhi tanpa kesilapan.

8. SOKONGAN UNTUK PRODUK HALAL DAN KESEDARAN KEBUDAYAAN

Kilang OEM di Malaysia memahami keperluan pasaran tempatan, termasuk kepentingan produk halal bagi pasaran pengguna Muslim. Kilang tempatan sering kali mempunyai sijil Halal dan memahami tuntutan budaya yang perlu dipatuhi. Ini memudahkan usahawan untuk mendapatkan pensijilan Halal, menjadikan produk lebih mudah diterima di kalangan pengguna tempatan.

9. FLEKSIBILITI DALAM PENYESUAIAN PRODUK (CUSTOMIZATION)

Kilang OEM di Malaysia sering kali lebih fleksibel dalam memenuhi permintaan untuk penyesuaian produk, seperti perubahan formulasi, reka bentuk pembungkusan, atau pengenalan produk baru berdasarkan trend tempatan. Ini memberi peluang kepada jenama untuk mengeluarkan produk yang unik dan berbeza dari pesaing, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan.

10. PENGURANGAN RISIKO PENIPUAN DAN MASALAH KUALITI

Berurusan dengan kilang OEM di luar negara boleh melibatkan risiko penipuan atau produk yang tidak memenuhi standard kualiti yang dijanjikan. Dengan kilang di Malaysia, risiko ini berkurangan kerana pemilik jenama boleh melakukan audit kilang dengan lebih mudah. Ini memberi lebih jaminan kepada jenama bahawa produk yang diterima adalah seperti yang dipersetujui, meningkatkan keyakinan terhadap kualiti.

11. AKSES KEPADA BAHAN TEMPATAN YANG UNIK

Kilang OEM di Malaysia mempunyai akses kepada bahan mentah tempatan yang unik seperti herba tropika, bahan semulajadi, dan ekstrak tumbuhan tempatan yang boleh menjadi nilai tambah bagi produk skincare. Bahan tempatan yang unik boleh menjadi ciri khas produk yang menarik perhatian pengguna yang mencari keunikan dan keberkesanan dalam bahan semulajadi.

12. PENINGKATAN DAYA SAING PASARAN TEMPATAN DAN SERANTAU

Dengan memilih kilang OEM di Malaysia, jenama dapat lebih mudah bersaing dalam pasaran tempatan dan serantau, termasuk ASEAN. Produk yang dibuat di Malaysia juga mendapat kepercayaan yang lebih tinggi di kalangan pengguna tempatan. Ini memudahkan pemasaran dan pengembangan produk di rantau ini, meningkatkan peluang untuk berkembang ke pasaran antarabangsa.


Berurusan dengan kilang OEM di Malaysia memberikan banyak kelebihan dari segi fleksibiliti, kualiti, kos, dan pematuhan peraturan. Ini menjadikan Malaysia pilihan yang lebih baik untuk jenama skincare yang ingin memulakan perniagaan dengan kos yang lebih rendah dan kualiti yang terjamin.

1

KENAPA PILIH KILANG OEM DI MALAYSIA BUKAN OEM DI LUAR NEGARA? (PART 1)

Tahun ini telah masuk fasa terbaik untuk melihat lebih ramai usahawan yang telah berjaya dalam penggal pertama. Namun ada Ada juga masih tercari-cari  sumber dimana nak bt jenama. Jika anda masih mencari  Kilang OEM Malaysia yang menawarkan servis seperti bina produk kosmetik jenama sendiri, produk minuman jenama sendiri atau pun produk-produk yang ingin dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dengan harga kompetitif maka tidak salah alamat dan tempat untuk anda hasilkan jenama. Ada 12 perkara yang perlu anda tahu kenapa pilih kilang di Malaysia berbanding luar negara

1. MOQ (MINIMUM ORDER QUANTITY) YANG LEBIH RENDAH

Kilang OEM di Malaysia biasanya menawarkan MOQ yang lebih rendah berbanding kilang OEM di luar negara. Ini membolehkan jenama yang baru mula atau mempunyai modal yang terhad untuk memulakan produk skincare tanpa perlu membuat pesanan yang besar. MOQ yang lebih rendah memberikan fleksibiliti kepada usahawan untuk menguji pasaran dengan jumlah stok yang lebih kecil sebelum membuat komitmen besar seperti di Moha Biotech kami menawarkan MOQ yang sangat rendah.

2. MODAL PERMULAAN YANG SANGAT RENDAH

Berurusan dengan kilang OEM di Malaysia biasanya memerlukan modal permulaan yang lebih rendah. Ini kerana kos penghantaran, logistik, dan pembuatan cenderung lebih murah di dalam negara berbanding kos yang terlibat jika membuat pesanan dari luar negara. Sekiranya modal yang lebih rendah mengurangkan risiko perniagaan untuk usahawan yang baru dan memberi peluang untuk menggunakan dana pada pemasaran atau pembangunan produk lain

3. KETERJAMINAN KUALITI PRODUK MELALUI PEMANTAUAN LEBIH MUDAH

Dengan memilih kilang OEM di Malaysia, pemilik jenama boleh memantau kualiti produk dengan lebih mudah. Lawatan kilang boleh dilakukan tanpa halangan bahasa atau logistik, dan komunikasi dengan  pengilang  lebih lancar. Biasanya pemantauan yang kerap membolehkan pengesanan isu lebih awal, memastikan produk memenuhi standard kualiti yang diharapkan.

4. SOKONGAN DARI BADAN PENGAWALSELIAAN TEMPATAN

Kilang OEM di Malaysia lebih tahu dengan peraturan tempatan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jabatan Standard Malaysia. Ini menjadikan proses mendapatkan kelulusan produk lebih cepat dan mudah. Justeru itu sokongan ini memastikan produk skincare yang dihasilkan mematuhi piawaian tempatan, menjadikan ia lebih mudah untuk dilancarkan ke pasaran.

5. PENGURANGAN KOS PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

Dengan berurusan dengan kilang OEM di Malaysia, kos penghantaran dan logistik boleh diminimalkan kerana tidak melibatkan penghantaran antarabangsa yang mahal. Ini mengurangkan kos keseluruhan penghasilan produk. Pengurangan kos logistik ini membolehkan lebih banyak bajet untuk pemasaran dan pengembangan perniagaan.

6. JAMINAN MASA PENGHANTARAN YANG LEBIH PANTAS

Kilang OEM di Malaysia dapat memberikan masa penghantaran yang lebih cepat berbanding kilang di luar negara, kerana tiada isu dengan jarak jauh atau masalah kastam antarabangsa. Masa penghantaran yang lebih cepat membolehkan jenama jual  dengan lebih pantas.


Berurusan dengan kilang OEM di Malaysia memberikan banyak kelebihan dari segi fleksibiliti, kualiti, kos, dan pematuhan peraturan. Ini menjadikan Malaysia pilihan yang lebih baik untuk jenama skincare yang ingin memulakan perniagaan dengan kos yang lebih rendah dan kualiti yang terjamin. Part 2 tekan link di bawah !

2

KEPENTINGAN R&D DALAM PENGHASILAN PRODUK SKINCARE DI KILANG OEM (PART 2)

Anda ada impian nak buat produk jenama sendiri? Nak tahu perkara penting sebelum mulakan atau menghasilkan sesuatu produk di kilang OEM. Untuk artikel kali ini saya akan jelaskan peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan produk skincare yang berkualiti tinggi. Sebelum tu mari kita fahami dulu apa itu OEM. OEM adalah singkatan untuk Original Equipment Manufacturer dimana kilang yang mempunyai pelbagai fasiliti perkilangan dan kepakaran akan membantu menghasilkan produk yang anda kehendaki. Mesin kilang punya tetapi produk dan jenama adalah milik anda sepenuhnya

7. UJIAN KESTABILAN PRODUK UNTUK MENJAMIN KUALITI JANGKA PANJANG

R&D termasuk ujian kestabilan yang menentukan bagaimana produk bertindak balas terhadap perubahan suhu, cahaya, dan kelembapan sepanjang tempoh penggunaannya.Ini memastikan produk kekal stabil dan berkesan sehingga tarikh luput yang ditetapkan, mengelakkan masalah seperti perubahan tekstur, bau, atau warna.

8. PEMENUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN DAN PERATURAN ANTARABANGSA

R&D membolehkan kilang OEM memahami dan mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan yang ditetapkan oleh badan pengawalseliaan tempatan dan antarabangsa. Sekiranya produk skincare yang tidak mematuhi peraturan boleh menyebabkan masalah undang-undang dan merosakkan reputasi jenama. R&D juga memastikan produk yang  sesuai untuk dipasaran global.

9. PENERAPAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM PRODUK SKINCARE

Melalui R&D, kilang OEM boleh menggunakan teknologi terkini seperti nanoteknologi untuk penghantaran bahan aktif, biofermentasi untuk penyerapan yang lebih baik, atau teknologi pengemulsi tanpa pengawet. Dengan ini produk yang menggunakan teknologi canggih sering mendapat sambutan yang lebih baik kerana mereka menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dan hasil yang lebih efektif.

10. PENGURANGAN KOS PENGELUARAN TANPA MENGURANGKAN KUALITI

Salah satu aspek penting dalam R&D ialah mencari cara untuk mengurangkan kos pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti produk. Ini termasuk mencari bahan alternatif yang lebih kos efektif dan menggunakan teknik penghasilan yang lebih efisien. Dengan mengoptimumkan kos, produk boleh dijual dengan harga yang lebih kompetitif tanpa menjejaskan kualiti, meningkatkan daya saing di pasaran.

11. MENGURANGKAN RISIKO PENARIKAN BALIK PRODUK DAN ADUAN PENGGUNA

R&D yang kukuh membantu mengesan sebarang isu sebelum produk dilancarkan ke pasaran. Ini mengurangkan risiko masalah seperti alahan, kesan sampingan, atau penarikan balik produk yang boleh merosakkan imej jenama. Risiko penarikan balik produk boleh dikurangkan, mengurangkan kerugian kewangan dan melindungi reputasi syarikat.

12. MEMBANGUNKAN PRODUK YANG MESRA ALAM DAN LESTARI

R&D juga memainkan peranan penting dalam mencari bahan-bahan yang mesra alam dan teknik penghasilan yang lestari. Ini termasuk bahan biodegradable, sumber yang boleh diperbaharui, dan pembungkusan eco-friendly. Produk mesra alam menjadi semakin penting kepada pengguna yang sedar akan isu-isu alam sekitar, memberikan kelebihan kepada jenama yang fokus kepada kelestarian.


Dengan mengutamakan R&D, kilang OEM bukan sahaja dapat menghasilkan produk skincare yang selamat, berkesan, dan berkualiti tinggi, tetapi juga dapat memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah serta menjamin daya saing di pasaran global.

1

KEPENTINGAN R&D DALAM PENGHASILAN PRODUK SKINCARE DI KILANG OEM (PART 1)

Anda ada impian nak buat produk jenama sendiri? Nak tahu perkara penting sebelum mulakan atau menghasilkan sesuatu produk di kilang OEM. Untuk artikel kali ini saya akan jelaskan peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan produk skincare yang berkualiti tinggi.

Sebelum tu mari kita fahami dulu apa itu OEM. OEM adalah singkatan untuk Original Equipment Manufacturer dimana kilang yang mempunyai pelbagai fasiliti perkilangan dan kepakaran akan membantu menghasilkan produk yang anda kehendaki. Mesin kilang punya tetapi produk dan jenama adalah milik anda sepenuhnya.

1. PERANAN R&D DALAM MEMASTIKAN KUALITI PRODUK

R&D berfungsi sebagai tulang belakang dalam memastikan bahawa produk skincare yang dihasilkan mencapai standard kualiti yang tinggi. Ini termasuk ujian makmal untuk kestabilan produk, keberkesanan bahan aktif, dan keselamatan pengguna. Ini bermaksud dengan proses R&D yang teliti, kilang OEM dapat mengelakkan masalah kualiti yang boleh menmusnahkan  reputasi jenama atau mengundang tindakan undang-undang

2. INOVASI DALAM PENGHASILAN PRODUK BARU

R&D membuka peluang untuk inovasi dalam produk skincare, seperti memperkenalkan bahan-bahan baru atau teknologi yang belum pernah digunakan sebelum ini. Ini membolehkan sesuatu  jenama untuk dihasilkan  dalam pasaran dengan menawarkan sesuatu yang unik dan menarik minat pengguna.

3. PEMILIHAN DAN PENGUJIAN BAHAN MENTAH YANG BERKUALITI

Melalui R&D, bahan mentah yang digunakan dalam formulasi produk boleh diuji untuk memastikan keberkesanan, keselamatan, dan kestabilan. Ini termasuk bahan semulajadi, bahan organik, atau bahan kimia yang diproses.Pengujian ini penting untuk memastikan bahan mentah memenuhi standard keselamatan dan menghasilkan hasil yang diinginkan.

4. MENJAMIN KEBERKESANAN PRODUK MELALUI UJIAN KLINIKAL

R&D membolehkan ujian klinikal dijalankan untuk menilai keberkesanan produk skincare, seperti krim anti-penuaan, pelembap, atau serum pemutih. Ujian ini mengukur sama ada produk benar-benar berkesan seperti yang dijanjikan. Ini membantu dalam membina kepercayaan pengguna terhadap produk yang dipasarkan, dan membolehkan kilang OEM mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh pengasas.

5. MENYESUAIKAN PRODUK UNTUK KEPERLUAN PASARAN KHUSUS

R&D membolehkan penyesuaian produk berdasarkan permintaan pasaran yang berbeza-beza. Kilang OEM boleh menghasilkan formulasi yang disesuaikan dengan keperluan kulit pengguna di kawasan tertentu, seperti kulit sensitif, kulit kering, atau kulit berminyak. Ini membolehkan produk lebih relevan dan berkesan untuk pengguna yang disasarkan, meningkatkan potensi kejayaan di pasaran.

6. MENGOPTIMUMKAN FORMULASI UNTUK KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN

Melalui R&D, formulasi produk boleh dioptimumkan untuk mendapatkan keseimbangan antara keberkesanan dan keselamatan. Ini termasuk menentukan dos bahan aktif yang sesuai dan mengurangkan risiko iritasi atau alergi. Dengan ini produk yang dihasilkan akan lebih dipercayai dan mempunyai risiko kesan sampingan yang minimum, meningkatkan kepuasan kepada pengguna.


Selebihnya saya akan share di part 2 nantikan yeee. Tekan butang di bawah for part 2!

1

3 Sebab Utama Kenapa Marketing Tidak berjaya

Perkongsian dari Saudara Fahdi Ghazali.

Visual (gambar/video) adalah antara terpenting dalam marketing sebab gambar atau visual adalah perkara pertama yang akan dilihat pelanggan dan ia menjadi “penentu” mata mereka berhenti dari melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan atau tidak.

Cuba anda letakkan diri anda sendiri di tempat duduk pelanggan. Biasanya, kita sendiri, dalam masa beberapa saat selepas melihat gambar atau video, minda kita akan membuat keputusan samada mahu  teruskan membaca, membeli, bertanya lebih lanjut atau “skip” dan cari perkara lain. Setuju?

Ini adalah masalah ramai usahawan.

Saya ambil contoh mudah. Marketing tak semestinya buat terus jadi. Ada ramai usahawan perlu trial and error banyak kali untuk dapatkan marketing yang benar-benar solid dan boleh menarik ramai pelanggan untuk beli produk dan servis.

Cumanya, ramai usahawan yang buat pemasaran, bila iklan tak jadi terus give up  dan tak nak buat.

Marketing bukan isu buat atau tidak sahaja, ia juga merangkumi konsisten atau tidak.

Untuk sales, konsisten penting. Untuk branding, konsisten penting. Untuk bisnes kekal releven dan dikenali umum, konsisten adalah kunci.

Kenapa kita terlalu fokus untuk bayar, bayar dan bayar? Pernah atau tidak kita “fully utilise” platform yang free tetapi efektif untuk lajukan jualan produk dan servis?

Contohnya Facebook Live.

Ramai orang tahu, dunia sekarang orang suka perkara “real” atau “live”. Tanpa perlu copywriting, tak perlu bersusah payah mencari gambar atau hasilkan video setaraf hollywood, anda masih boleh berjaya untuk bisnes.

Apa channel pemasaran online yang bagus untuk digunakan tetapi menghasilkan kesan yang bagus untuk marketing produk dan servis?

  1. Facebook live
  2. Youtube Channel
  3. Youtube live
  4. Instagram profile
  5. Linkdin
  6. Blog (berbayar RM100 setahun atau jika anda mempunyai budget yang limited, guna sahaja blogspot).

Pokok pangkalnya adalah, untuk gunakan media percuma ini perlu ada seni.

 

“Marketing is a process”. Jangan terlalu nak cepat sehingga kita lupa frasa “Kelajuan membunuh”.

Credit: Fahdi Ghazali