Rakan kongsi dalam perniagaan perlu ke ?
Persoalan ini sering bermain di fikiran usahawan yang mula menceburi bidang perniagaan. Nak jalankan perniagaan sebagai pemilikan tunggal atau perkongsian. Memang betul bila ada rakan kongsi ni, banyak menyumbangkan idea dalam bisnes mahupun dapat mencapai keuntungan berganda. Namun, ada juga kontra bila perniagaan dijalankan secara perkongsian. Jadi, pastikan anda tahu kriteria atau tips untuk memilih rakan kongsi agar keberlangsungan perniagaan berjalan dengan lancar.
1. Rakan Kongsi Adalah Kenalan Rapat
Pastikan anda kenal rapat dengan rakan kongsi yang anda akan pilih. Lebih baik jika pernah bekerjasama dalam mana-mana projek sebelum ini. Jadi, senang untuk anda ketahui tahap motivasi serta kecekapan rakan kongsi anda dalam menjalankan tugas.
Jangan ambil rakan kongsi yang anda tak kenal hati budinya. Tak tahu pemikiran dan latar belakangnya, mungkin akan mendatangkan masalah pada perniagaan anda kelak. Penting untuk anda mencari rakan kongsi yang anda selesa bekerjasama dengan kerana perniagaan yang dijalankan adalah untuk jangka masa panjang bukan sekerat jalan sahaja.
2. Mempunyai Perbezaan Kemahiran
Cari rakan kongsi yang mempunyai kemahiran yang berbeza dengan anda. Jika anda mahir dalam bab teknikal, cari rakan kongsi yang mahir dalam bab komersial. Perniagaan boleh pergi jauh sekiranya ada sifat saling melengkapi dalam menjalankan tugas.
Tapi, anda harus ingat. Dalam kemahiran, tak boleh berat sebelah saja, perlu dijalankan selari dalam perniagaan.
3. Pembahagian Masa & Komitmen
Dari segi masa, anda perlu cari rakan kongsi yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Pembahagian masa penting dalam perniagaan, lebih-lebih lagi apabila adanya perjumpaan atau perbincangaan untuk mengukuhkan lagi pengaliran perniagaan. Pastikan rakan kongsi dapat memberikan komitment yang baik sepanjang perbincangan tersebut.
Lebih mudah sekiranya rakan kongsi tersebut seorang yang sangat komited dengan kerja. Jadi, tak perlu risau sekiranya perniagaan menghadapi masalah, pasti rakan kongsi dapat membantu.