manfaat-mujarab-arang-aktif-untuk-kesehatan

MANFAAT SERBUK ARANG

  1. Memudarkan bekas jerawat

Serbuk arang adalah baik untuk memudarkan bekas jerawat serta jerawat yang tumbuh pada wajah anda. Untuk anda yang inginkan cara yang mudah dan tidak menggunakan kos yang tinggi, anda boleh cuba membuat masker arang sediri seperti membuat campuran arang dan air mawar ataupun air biasa dan seterusnya oleskan pada wajah anda. Setelah itu, bilas dengan air suam.

  1. Menutup pori-pori yang terbuka

Setiap orang tidak inginkan pori-pori besar terbuka pada wajah mereka. Ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria dari kosmetik menumpuk di kulit yang akan menyebabkan iritasi atau jerawat tumbuh. Jadi, gunakan serbuk arang sebagai masker kerana ia dapat mengecilkan pori-pori serta membersikan kotoran yang menumpuk di pori-pori yang terbuka.

  1. Menyeimbangkan minyak di wajah

Untuk anda yang mempunyai jenis kulit berminyak sesuai menggunakan skincare daripada bahan serbuk arang, ini kerana serbuk arang dapat mengurangkan minyak pada wajah anda dan dapat melembapkan wajah anda seperti kulit normal.

  1. Mengatasi kulit kusam

Polusi udara sepert asap kendaraan bermotor, debu jalanan, radiasi sinar ultraviolet dan asap rokok membuat kulit wajah terlihat kusam. Tetapi, dengan serbuk arang, kotoran tersebut boleh dibuang dengan sempurna. Anda boleh membuat masker sendiri di rumah dengan hanya menggunakan serbuk arang sahaja tau.

  1. Memutihkan gigi

Gigi Anda akan menguning jika Anda merokok dan sering mengamalkan kopi, teh, atau minuman beralkohol. Arang aktif mampu mengembalikan warna gigi yang cerah sekaligus menjaga kesihatan mulut. Zat ini berfungsi untuk menyeimbangkan kadar keasaman dalam mulut, mencegah gigi berlubang,  bau mulut, dan meredakan penyakit gusi. Basahkan berus gigi anda dan oleskan pada bubuk arang aktif. Gosok gigi anda seperti biasa, terutama pada bahagian yang menguning . Kumur sampai bersih dan pastikan anda minum air secukupnya.

Tags: No tags

Comments are closed.