Kebanyakan wanita mahupun lelaki pasti memilih menjaga kesihatan kulit muka dengan menggunakan pelbagai jenis produk kosmetik.
Produk kosmetik penjagaan kulit pula didatangkan dalam pelbagai ciri dan kandungan, yang memberi pilihan kepada pengguna memilih produk yang sesuai dengan kulit.
Selain maklumat umum mengenai jenis kulit dan keperluan kulit, ada bahan kandungan yang sering dilihat pada label produk penjagaan tersebut.
Ia adalah kandungan Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA).
Jadi apakah 2 ramuan ini dan faedahnya kepada kulit kita?
Pakar dermatologi dan kesihatan Dr. Margono Soekarjo, Purwokerto, Jawa Tengah, Dr. Ismiralda Oke Putranti dalam satu temubual dengan portal Kompas menyatakan, AHA, BHA, dan PHA merupakan kumpulan asid yang mempunyai kesan pengelupasan kulit lapisan epidermis atau keratolitik.
Mari kita kenali secara lebih dekat mengenai kandungan ini.
AHA
AHA adalah asid glikolik dan asid laktik.
Menurut Oke, AHA mempunyai stuktur kimia yang bersifat hidrofilik, iaitu mudah menembusi lapisan kulit, merosakkan ikatan antara sel-sel keratin dan lebih mudah tereksfoliasi atau mengelupas.
Penggunaan AHA baik untuk semua jenis kulit.
BHA
Sementara itu, BHA lebih dikenali sebagai asid salisilat.
Kandungan BHA bersifat lipofilik (mengikat lemak), mempunyai 2 sifat secara umum iaitu keratoplasty (membantu proses penyembuhan luka dan pembetukan lapisan kulit) pada kepekatan 1-2%, dan keratolitik pada kepekatan lebih besar (umumnya pada produk kosmetik menggunakan kepekatan 3-5%).
“Kandungan BHA biasanya lebih sesuai untuk digunakan dalam keadaan kulit berminyak dan jerawat,” kata Oke kepada Kompas.