GAMBAR_WEBSITE_MBM-01

5 STRATEGI UNTUK NAIKKAN SALES PADA BULAN PUASA NI..

RAMADHAN DATANG LAGI….

Founder-founder sekalian dah ready ke belum nak BOOM kan marketing anda berpuluh kali ganda supaya boleh menjana income beratus kali ganda raya ni?Woww..Mesti lah dah sedia kan…Apa?Masih ada yang buntu?OMG..macam mana tu?Masa ni la kita nak pulun sales tau…Sabar…sabar…Tak pe..insya allah sempat lagi ni saua nak share sikit apa yang boleh untuk strategi perniagaan anda bulan puasa ni.. 🙂

1.PRODUK ANDA & PERMINTAAN

Nak Raya dengan poket berkepok tahun ni kena la buat bisnes tambahan..Tapi nak berbisnes mestilah perlu ada barang apa nak di jual..
Macam mana nak pilih barang apa yang pasti laku semasa bulan puasa ni?

Sebelum tentukan produk apa yang anda nak jual gunakan 4W utk tentukan produk anda.
(What,When,Where,Who).

Pastikan produk atau barang yang anda ingin pasarkan adalah memenuhi permintaan sebelum dan selepas raya dan menyelesaikan masalah pengguna.

Antara produk memang Hot selling bulan puasa ialah

1.Pakaian( Baju raya,Tudung Raya)
2.Makanan (Kuih raya,lemang)
3.Kecantikan & Aksesori (Make up,kerongsang)
4.Penggangkutan (pusat servise kereta,tiket bas)

2.TIMELINE STRATEGI

Penting ! Penting!..sediakan timeline untuk promosi produk anda kalau anda memang nak boom kan produk anda pada masa ramadhan ni.
Rancang dengan teliti timeline,material,produk,kos,freegift dan lain-lain supaya anda sentiasa berada dilandasan yang betul.
Tulis target sales anda pada bulan tersebut dan juga target marketing yang akan di keluarkan.Siap sedia dengan PLAN B supaya
mecapai pulangan yang berganda dengan usaha marketing strategi yang dijalanlankan.

3.TINGKATKAN ENGAGEMENT

Bina perkongsian untuk menarik balik hubungan dan kepercayaan dari pelanggan.Buat hantaran pesanan ucapan seperti Salam Ramadhan pada
pelanggan databased.

Ketahui waktu sesuai perkongsian pada bulan Ramadhan.Pada seawal 4pagi dah boleh buat perkongsian jika bulan ramadhan.

4.PROMOSI

Jalankan promosi yang lain dari sebelum ni yg mana hanya boleh dibeli pada bulan pusasa sahaja.Contohnya dengan belian 2helai
tudung free lagi 1 helai .

Eh..dah start follow up databased belum?Dah boleh war-warkan promosi bulan puasa anda.Jika anda ada koleksi yang sebelum nya buat Live sambil sediakan contest duit raya untuk tarik minta pelangga melihat Live anda sesambil menjual produk anda mungkin dengan harga promo sekali.

Gunakan databased yang sedia ada dengan betul kerana mereka telah mengenali anda.Kenapa perlu bersusah payah mencari pelanggan baru kan.Buka promosi pada pelanggan databased dahulu.Supaya kita lebih menghairgai mereka dan jadikan mereka lubuk emas anda.

5.KOLABORASI

Jalankan kolaborasi dengan produk lain.Contoh Jika anda menjual tudung kolaborasi dengan produk kecntikan.

Dimana dengan pembilan produk anda pelanggan boleh mendapatkan diskaun dengan produk lipstik X.
.
Bukan hanya membantu menaikan brand anda pada pelanggan yang dah mengenali tetapi pelanggan kosmetik juga akan kenali produk
anda juga.Atau gunakan artis sebagai kolaborasi produk anda pada koleksi khas raya.

Untuk ni perlukan perancangan yang lebih awal la nasihat saya.Supaya lebih berjalan lancar dan teratur.

Alhamdulillah..itu setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan pada anda.Semoga ia bermanfaat untuuk masa hadapan.

Terima kasih dan Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat islam yang menyambutnya.

Tags: No tags

Comments are closed.