TENTANG KAMI

MOHA BIOTECH MANUFACTURING SDN. BHD. merupakan syarikat pengilangan produk penjagaan kulit dan kosmetik serta produk makanan dan minuman kesihatan yang terletak di Kulai, Johor.

Ditubuhkan pada tahun 2014 dan sehingga kini MOHA BIOTECH MANUFACTURING SDN. BHD. telah mempunyai tiga buah kilang yang mempunyai status amalan perkilangan baik (GMP), pensijilan daripada MeSTI dan Sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Dengan pengalaman dan telah beroperasi lebih hampir sedekad, MOHA BIOTECH terus peka dengan kemajuan teknologi dan inovasi terkini formulasi produk serta bahan-bahan mentah yang digunakan merupakan bahan yang bermutu tinggi.

Kami terkenal di antara usahawan-usahawan baru kerana di MOHA BIOTECH, kami menyediakan segala keperluan usahawan daripada konsultasi produk sehingga pemasaran produk. Kami juga menyediakan pakej mampu milik mengikut bajet usahawan-usahawan dan seterusnya dapat membantu para start-up atau usahawan baru untuk mencapai impian mereka.
WhatsApp Image 2023-09-07 at 2.27.35 PM

Kilang pengilangan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang berkeluasan 4,892 kaki per segi ini terletak di Taman Perindustrian Lagenda, Kulai adalah berstatus GMP oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).

WhatsApp Image 2023-09-07 at 2.27.36 PM

Kilang yang menghasilkan produk makanan tambahan dan kecantikan ini terletak di Kawasan Perindustrian Taman Putri, Kulai dengan jarak 1 kilometer dari Taman Perindustrian Lagenda. Kilang ini telah mendapat pensijilan daripada MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

WhatsApp Image 2023-09-07 at 2.27.36 PM (2)

Kilang pengilangan produk minuman pelbagai fungsi seperti kesihatan dan kecantikan ini merupakan satu premis kilang yang berbeza dan terletak juga di Kawasan Perindutrian Taman Putri, Kulai. Kilang ini telah mendapat pengiktirafan GMP oleh Guardian Independent Certification Ltd. yang merupakan sebuah syarikat periksaan dan pensijilan bertauliah yang bertaraf antarabangsa.

VISI SYARIKAT

Menjadi sebuah pengilang oem no.1 pilihan para usahawan seluruh malaysia dengan menghasilkan produk jenama sendiri yang setanding dengan produk antarabangsa dan menawarkan perkhidmatan profesional yang bermutu tinggi.

MISI SYARIKAT