fbpx
+607 - 660 5121

Ni rupenya cara buat produk sendiri…

By: | Tags: | Comments: 0

r Cakap tentang sales & marketing semua boleh belajar dan semua boleh buat. Menjadi agen, dropship stokis tidak menjadi satu masalah. Namun, jika berkaitan dengan produksi produk, perkara ini selalu menjadi persoalan yang berlegar-legar di minda bakal usahawan yang baru ingin berjinak dalam dunia perniagaan sendiri. 

Antara soalan yang selalu bermain adalah :

“Kena ada makmal sendiri ke?”

“Kena buat research sendiri?”

“Bahan-bahan dalam produk, nak letak yang terbaik, tapi macam mana nak buat?”

SEBENARNYA TAK PERLU PUN KITA FIKIRKAN KESEMUA NI….

Kita hanya perlu pergi ke kilang -kilang OEM 

OEM tu apa? Original Equipment Manufacturer yang menguruskan dari A sampai Z bagi yang ingin mengeluarkan produk sendiri

1. Prosesnya hanya perlu research mana-mana jenama kilang OEM  (sales) 

Contoh : Moha Biotech

2. Aturkan temujanji 

3. Pastikan anda mempunyai idea ringkas tentang produk apa yang anda ingin keluarkan. Kebanyakan usahawan akan menekankan bahan-bahan dalam produk bagi keberkesanan pengguna. Anda boleh memilih bahan apa yang anda inginkan dalam produk anda

4. Sales akan memberikan sebut harga dan proses  R&D akan dimulakan oleh ahli makmal, permohonan KKM serta sampel produk akan dikeluarkan

5. Deposit 60% diperuntukkan untuk rekabentuk pembungkusan,  produksi produk, percetakan, kelulusan KKM

6. Akhir sekali, pembayaran penuh setelah selesai semua produk

 

Mudah kan? Jadi takperlu fikir anda pelu ada makmal sendiri untuk membuat produk. Ibarat macam kita lantik wedding planner, semua akan diselesaikan,”all in one”

Okay? Moga membantu

 

Leave a Reply