1

3 Sebab Utama Kenapa Marketing Tidak berjaya

Perkongsian dari Saudara Fahdi Ghazali.

Visual (gambar/video) adalah antara terpenting dalam marketing sebab gambar atau visual adalah perkara pertama yang akan dilihat pelanggan dan ia menjadi “penentu” mata mereka berhenti dari melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan atau tidak.

Cuba anda letakkan diri anda sendiri di tempat duduk pelanggan. Biasanya, kita sendiri, dalam masa beberapa saat selepas melihat gambar atau video, minda kita akan membuat keputusan samada mahu  teruskan membaca, membeli, bertanya lebih lanjut atau “skip” dan cari perkara lain. Setuju?

Ini adalah masalah ramai usahawan.

Saya ambil contoh mudah. Marketing tak semestinya buat terus jadi. Ada ramai usahawan perlu trial and error banyak kali untuk dapatkan marketing yang benar-benar solid dan boleh menarik ramai pelanggan untuk beli produk dan servis.

Cumanya, ramai usahawan yang buat pemasaran, bila iklan tak jadi terus give up  dan tak nak buat.

Marketing bukan isu buat atau tidak sahaja, ia juga merangkumi konsisten atau tidak.

Untuk sales, konsisten penting. Untuk branding, konsisten penting. Untuk bisnes kekal releven dan dikenali umum, konsisten adalah kunci.

Kenapa kita terlalu fokus untuk bayar, bayar dan bayar? Pernah atau tidak kita “fully utilise” platform yang free tetapi efektif untuk lajukan jualan produk dan servis?

Contohnya Facebook Live.

Ramai orang tahu, dunia sekarang orang suka perkara “real” atau “live”. Tanpa perlu copywriting, tak perlu bersusah payah mencari gambar atau hasilkan video setaraf hollywood, anda masih boleh berjaya untuk bisnes.

Apa channel pemasaran online yang bagus untuk digunakan tetapi menghasilkan kesan yang bagus untuk marketing produk dan servis?

  1. Facebook live
  2. Youtube Channel
  3. Youtube live
  4. Instagram profile
  5. Linkdin
  6. Blog (berbayar RM100 setahun atau jika anda mempunyai budget yang limited, guna sahaja blogspot).

Pokok pangkalnya adalah, untuk gunakan media percuma ini perlu ada seni.

 

“Marketing is a process”. Jangan terlalu nak cepat sehingga kita lupa frasa “Kelajuan membunuh”.

Credit: Fahdi Ghazali

Tags: No tags

Comments are closed.